Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • PENGHASILAN KARYA “CAMPAK BINTANG” MENGGABUNGKAN POP TERKINI DENGAN WARISAN BUDAYA MELAYU
  • Entertainment
  • Music

PENGHASILAN KARYA “CAMPAK BINTANG” MENGGABUNGKAN POP TERKINI DENGAN WARISAN BUDAYA MELAYU

Helmi Aziz May 30, 2024 (Last updated: June 4, 2024) 2 minutes read
campakbintang-6

Terbitan Faithful Music Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd telah mencipta sejarah apabila “Campak Bintang” berjaya menyatukan pop dengan warisan budaya melayu yang membuktikan sinergi antara rentak muzik moden dan irama tradisional. Lebih menarik lagi, dua ikon muzik Malaysia, Dato’ M.Nasir dan Faizal Tahir juga berduet dalam sebuah kolaborasi single terbaru ini. Dengan gabungan kreatif dari mereka yang tak tertandingi, mereka telah menyatukan irama dan sentuhan ikonik dalam sebuah lagu yang mencengkam hati dan merentasi generasi.

Faizal Tahir memaklumkan, “Campak Bintang” adalah sebuah lagu yang mengisahkan pengorbanan melepaskan sesuatu yang kita cintai untuk mendapatkan sesuatu yang jauh lebih berharga.” Faizal Tahir turut menjelaskan pemilihan Dato’ M.Nasir kali ini adalah sesuatu yang besar dan keputusan ini tidak dilakukan sebarangan. “Dato’ M.Nasir dan tim Luncai Emas memberikan kerjasama yang sangat baik. Kami merasakan kehadiran Dato’M.Nasir sangat diperlukan dengan kehendak lagu dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.”- Ujar Faithful Music

“Dunia muzik telah digegarkan oleh bakat seperti Faizal Tahir dan hampir juga ia diselamatkan generasi ini. Lega kerana ada sang pengkarya yang tidak habis-habis melahirkan karya-karya baru yang berkualiti sejak kemunculannya, Lagu ini, sumbangan kami berdua, adalah satu manifestasi.” Ujar Dato’ M.Nasir.

 

Single “Campak Bintang” merupakan hasil ciptaan Faizal Tahir sendiri bersama Romeo, Glowrush dan juga Karim Karam. Kolaborasi ini telah dilahirkan dengan kerjasama kedua-dua pihak. “Syukur keatas hadrat Illahi dengan izinNya, maka sempurnalah satu lagi karya muzik dari dua penyanyi ikon muzik seperti M.Nasir & Faizal Tahir.” Kata Luncai Emas Sdn Bhd.

Faizal Tahir tidak menolak jika ada rezeki untuk berkolaborasi dengan M.Nasir sekali lagi atau penyanyi yang lain walaupun belum mempunyai sebarang perancangan apabila ditanya tentang langkah seterusnya. 

Single ini telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik videonya di saluran youtube Faizal Tahir pada 3 Mei lalu.  Sebuah video klip bagi single ini telah dibuat penggambarannya pada 19 April yang lalu bertempat di Cine Studio. Faithful Muzik dan Luncai Emas berharap single duet ini dapat diterima oleh semua peminat M.Nasir & Faizal Tahir khususnya serta para media dan juga masyarakat.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Divas & Diamonds 2024: Konsert Epik Yang Akan Menggegarkan Johor Bahru
Next: Tiara Andini Membawa Kemeriahan Muzik Pop 80-an dengan Single Terbaharu “Kupu-Kupu”

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.