Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Cokelat Kembali Gegarkan Malaysia: Konsert Yang Dinantikan Seluruh Peminat
  • Entertainment
  • Music

Cokelat Kembali Gegarkan Malaysia: Konsert Yang Dinantikan Seluruh Peminat

Helmi Aziz May 29, 2024 (Last updated: June 11, 2024) 2 minutes read
OFFICIAL PHOTO 5

Band Cokelat, salah satu nama besar dalam industri muzik Indonesia, akan kembali menggegarkan pentas Malaysia setelah 14 tahun. Kumpulan yang terkenal dengan deretan lagu hits ini akan mengadakan konsert yang dijangka luar biasa pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Band asal Bandung ini, yang dianggotai oleh Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass), dan Ervin (dram), pernah ‘berpisah’ selama 12 tahun sebelum bersatu kembali pada tahun 2022. Mereka membuat kemunculan semula pada Hari Kemerdekaan Indonesia dengan persembahan yang memukau peminat setia. Hantaran video kembalinya Kikan dan Ervin di media sosial mengundang kegembiraan yang tidak terhingga dalam kalangan peminat Cokelat.

Kikan, mewakili Cokelat, menyatakan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia setelah sekian lama. “Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia,” katanya. Tambahnya lagi, “Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggapkan seperti rumah kedua Cokelat.”

Pengarah Tanjak Global Services, Rosden Rahmat, selaku penganjur konsert tersebut, menyatakan bahawa persembahan ini adalah satu kejutan dan hadiah buat peminat Cokelat. “Kami ingin menawarkan kepelbagaian dan pilihan konsert hiburan yang berlainan buat rakyat Malaysia, bukan sekadar menjemput artis atau band yang sama pada setiap tahun,” katanya. Rosden juga menambah bahawa ahli kumpulan Cokelat sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk terus bekerjasama pada masa akan datang.

Lagu-lagu popular seperti “Karma,” “Segitiga,” “Luka Lama,” “Ku Pilih Dia,” “Pergi,” dan “Jauh” pastinya akan menghangatkan lagi suasana konsert nanti. Tiket konsert ini sudah mula dijual dengan pelbagai kategori harga seperti berikut: Karma RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing), Luka Lama RM139 (Free Standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standard Seating), dan VIP RM380 (PER PAX) (8 PAX PER ROOM). Tiket boleh didapati menerusi pautan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemunculan semula band legenda ini dan nikmati malam yang penuh dengan nostalgia dan hiburan berkualiti tinggi. Mari bersama-sama meraikan kepulangan Cokelat di pentas Malaysia!

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: DOLLA Kembali dengan Konsert Mega: Era Baharu Kelahiran Semula
Next: Divas & Diamonds 2024: Konsert Epik Yang Akan Menggegarkan Johor Bahru

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.