Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • DOLLA Kembali dengan Konsert Mega: Era Baharu Kelahiran Semula
  • Entertainment
  • Music

DOLLA Kembali dengan Konsert Mega: Era Baharu Kelahiran Semula

Helmi Aziz May 28, 2024 (Last updated: May 28, 2024) 3 minutes read

Walaupun dilahirkan ketika dunia berada di tahap terlemah, iaitu semasa kemuncak wabak Covid-19, kumpulan wanita Malaysia DOLLA telah membuktikan bahawa mereka ada segala yang diperlukan untuk bertahan. Dalam masa beberapa tahun sahaja, kumpulan ini yang bermula dengan empat orang ahli telah berjaya meninggalkan kesan dalam dunia muzik. Melangkaui sempadan Malaysia, nama DOLLA telah diiktiraf di pelbagai pelosok dunia berkat muzik mereka yang unik dan gerakan tarian yang lincah.

Namun, perjalanan mereka tidak sentiasa mudah. Baru-baru ini, mereka mengumumkan pengunduran salah seorang ahli kumpulan, Syasya. Walaupun begitu, DOLLA terus berkembang maju dengan sokongan berterusan daripada peminat mereka, iDollas, dan label muzik Universal Music Malaysia.

Dengan semangat dan cita-cita yang tidak pernah pudar, DOLLA kini memperkenalkan satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya mereka – konsert mega terbitan Hitman Solutions yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Pengumuman ini membuktikan perjalanan luar biasa dan kerja keras kumpulan wanita ini.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, menyatakan keterujaannya terhadap konsert yang bakal diadakan ini. “Kami di Universal Music Malaysia sangat teruja untuk mengumumkan konsert DOLLA yang akan datang ini. Ia bukti perjalanan luar biasa dan kerja keras mereka. Konsert ini mempamerkan dedikasi dan bakat mereka yang mewakili pencapaian penting dalam misi label kami untuk memartabatkan senario muzik tempatan dan membawa artis Malaysia ke pentas antarabangsa. Saya amat berbangga dengan pencapaian DOLLA dan usaha gigih pasukan kami di belakang tabir dalam menghidupkan konsert ini,” katanya.

CEO dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, juga turut berkongsi rasa bangganya. “Sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan kumpulan kelahiran Malaysia ini kesempatan untuk meraikan kejayaan dan kerja keras mereka. Bukan sekadar penghibur, DOLLA telah menunjukkan bahawa kerja keras dan cita-cita besar adalah apa yang diperlukan untuk mencapai impian sendiri,” katanya.

Menurut Tabby dari DOLLA, konsert ini bakal menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua iDollas. “Saya berharap konsert ini dapat menjadi pengalaman dan kenangan buat semua iDollas yang akan menghadiri konsert itu. Matlamatnya adalah untuk mereka bergembira dan berseronok bersama kami sambil mencipta kenangan yang akan kekal selama-lamanya. Kami berhasrat mengadakan persembahan yang menakjubkan dan mencipta pengalaman terbaik untuk peminat tercinta kami,” katanya.

Angel, seorang lagi ahli DOLLA, turut berkongsi sentimen yang sama. “Konsert DOLLA ini akan menjadi era baharu, kelahiran semula DOLLA. Kami sedang menyediakan susunan lagu DOLLA yang baru dan segar untuk konsert itu. Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini! Ia akan menjadi pengalaman yang penuh emosi dan istimewa untuk iDollas,” katanya.

Sabronzo dari DOLLA menambah, “Kelahiran semula DOLLA memegang visi baharu yang berani, satu evolusi yang menangkap intipati keperibadian kami hari ini. Kami bakal melangkah ke satu ruang yang belum diterokai, menerima perubahan dan menghindari segala rintangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Bersedia untuk menyaksikan era baharu DOLLA. Ini bukan sekadar konsert; Ini adalah pernyataan dedikasi kami untuk sentiasa berkembang berserta peluang tanpa had di hadapan.”

Konsert DOLLA dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos 2024, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.com bermula 30 Mei 2024 (Khamis). Peminat dan penggemar muzik tempatan serta antarabangsa pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan kelahiran semula DOLLA dalam persembahan yang menjanjikan pengalaman visual dan audio yang menakjubkan.

Jadi, apa lagi? Tandakan kalendar anda dan bersiaplah untuk merasai kehebatan DOLLA yang akan menggegarkan pentas dengan persembahan yang penuh bertenaga dan memukau!

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ziana Zain: Kehadiran 5000 Peminat Setia Menjadi Kenangan Abadi Dalam Konsert 2024
Next: Cokelat Kembali Gegarkan Malaysia: Konsert Yang Dinantikan Seluruh Peminat

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.