Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR PADA 21 SEPTEMBER 2024
  • CONCERT
  • Music

SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR PADA 21 SEPTEMBER 2024

Helmi Aziz May 21, 2024 3 minutes read

Setelah mencatat sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ogos 2023 dan Fantasia Bulan Salju Live In Singapore pada Januari lalu, kugiran rock legenda Search belum mahu berhenti mengekalkan keunggulan mereka.

Kepercayaan terus diberikan oleh pihak penganjur terhadap Search yang masih relevan dan ‘mahal’, membuatkan kugiran yang dianggotai Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang, dan Nasir Daud ini bakal melaksanakan sebuah lagi konsert berskala besar pada tahun ini.

Tidak tampil dengan persembahan klise, Search akan menemui peminat lewat sebuah konsert berkonsepkan orkestra. Diberi nama Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, konsert tersebut dijadual berlangsung pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Persatuan Rekreasi Global Malaysia selaku penganjur, menyifatkan kolaborasi perdana dengan kugiran terkenal di Nusantara ini melalui Search Symphony Live In Kuala Lumpur sebagai satu lagi kejayaan yang bakal dilakar oleh pihak mereka.

“Adalah satu pencapaian dan kejayaan besar buat Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM) sebaik Search bersetuju untuk mengadakan konsert di bawah anjuran kami.

“Memang bukan satu negosiasi yang mudah tapi sebagai pemain profesional dalam bidang muzik yang sudah mempunyai pengalaman cukup luas dalam berkarya, Search bersetuju dengan konsep yang diusulkan bukan hanya kerana berkonsep orkestra tapi sebagai sokongan kugiran tersebut dalam perjuangan muzik tempatan.

“Kami mengucapkan terima kasih yang sebesarnya buat Search dan semoga Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang dijadual 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur kelak berjalan lancar,” ujar Pengarah Program  Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM), Encik Mohd Roslan Mohd Rafi.

Bagi Search sendiri, mengadakan konsert dalam skala besar pada usia empat dekad adalah sebagai tanda aras bahawa karya yang berkualiti akan sentiasa didambakan dan abadi di hati peminat.

Justeru Search berpendapat mereka tidak mempunyai sebab untuk menolak lamaran  Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM) untuk menjayakan Search Symphonic Live In Kuala Lumpur pada 21 September 2024 ini.

“Undangan demi undangan atau tawaran yang datang buat Search mengadakan konsert berskala besar bukan untuk menjadikan kami megah.

“Sebaliknya ia lebih kepada Search melihat bahawa muzik atau karya yang telah dihasilkan pada tahun 80-an dahulu masih relevan serta sangat dinantikan untuk dipersembahkan secara langsung kepada peminat.

“Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi persembahan yang dipastikan tidak akan dilupakan peminat.

“Biarpun Search akan tetap mendendangkan Pawana, Isabella, Fantasia Bulan Madu untuk ribuan kali, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa karya-karya inilah yang mahu terus didengarkan untuk membangkit nostalgia buat peminat senior dan ‘salam perkenalan’ buat pendengar zaman kini terhadap keunggulan era rock dahulu,” ujar vokalis, Amy.

Kugiran tersebut juga mahu memastikan Search Symphony Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi momen terbaik yang pernah dirasai oleh peminat.

“Walaupun rendisi lagu yang sama tapi ia akan diulang kemas semula dengan pemain-pemain  orkestra yang bergabung bersama Search nanti sekaligus menjadikan Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, sebagai konsert terbaik daripada kami.

“Nantikan bagaimana harmoninya jalinan muzik Search dan balutan orkestra pada Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, 21 September ini,” ujar Amy lagi.

Tiket-tiket Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bermula dengan harga RM168 (PS3), RM268 (PS2), RM368 (PS1) dan RM468 (VIP) boleh dibeli bermula 17 Mei 2024, 2.30 petang  menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian ticket hotling di 03 8605 0195.

Setiap jualan tiket bagi konsert ini iaitu RM 10.00 akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu artis-artis yang memerlukan.

INFORMASI SEARCH SYMPHONY LIVE IN KUALA LUMPUR

ACARA: SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

TARIKH: 21 SEPTEMBER 2024

LOKASI: MEGA STAR ARENA, KUALA LUMPUR

HARGA TIKET: VIP – RM468, PS1 – RM368, PS2 – RM268, PS3 – RM168

WEBSITE: https://myticket.asia/

TICKET HOTLINE : 03 86050195

PENGANJUR: PERSATUAN REKREASI GLOBAL MALAYSIA (PRGM)

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tiga Bintang HipHop Malaysia Gabung Hasilkan Karya Istimewa: ‘Perlu’
Next: RASAI KEASLIAN DALAM KONSERT DATO M.N45IR CIPTA PADA 10 OGOS 2024

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.