Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Awards
  • Kakiseni dan BOH Plantations mengumumkan pencalonan untuk Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 di Nero, PJPAC
  • Awards
  • Ceremony

Kakiseni dan BOH Plantations mengumumkan pencalonan untuk Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 di Nero, PJPAC

Helmi Aziz March 22, 2024 3 minutes read

Kehebatan kembali bergelora apabila industri seni Malaysia bersedia menyajikan bakat yang memukau dalam Anugerah Seni Cameronian BOH ke-19 (19BCAA)! Sedia untuk menyaksikan kegemilangan penggiat seni pentas negara yang terus memukau penonton dan mengekalkan semangat seni sepanjang tahun lalu.

Seraya kita bersedia untuk menghargai persaudaraan seni tempatan yang cemerlang, kita juga akan bersama-sama menikmati keajaiban yang mereka ciptakan, menyemarakkan hati dan minda dengan keazaman dan kreativiti mereka yang tidak terbatas. Pencalonan 19BCAA akan diumumkan kelak di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya pada 18 Mac 2024.

Ini merupakan kemuncak acara yang dinilai sepanjang tahun lepas, dengan 74 produksi dari kategori tarian, muzik, teater muzikal dan teater diadili oleh sekumpulan juri yang hebat. Terdapat sejumlah 37 sub-kategori termasuk Persembahan/Pelakon Terbaik untuk Watak Utama, Kostum Terbaik, Penggayaan & Solekan, Nilai Produksi dan lebih banyak anugerah untuk kategori bakat persembahan, teknikal & kreatif.

Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations berkata, “19BCAA adalah sesuatu yang istimewa kepada BOH kerana ia bertepatan dengan Ulang Tahun ke-95 kami. Jika diimbas kembali, saya melihat terdapat banyak persamaan antara menyempurnakan seni pembikinan teh dan memajukan industri seni persembahan.

“Kedua-duanya memerlukan semangat yang tidak putus-putus dengan antusias yang kuat, dedikasi dan komitmen untuk menguasai kraf masing-masing.

“Melangkah ke hadapan, janji BOH adalah untuk sentiasa melabur dalam usaha ‘sustainabili–tea’ supaya kami boleh meneruskan pembuatan. Matlamat dalam perjalanan jenama kami adalah untuk berkongsi teh yang lazat kami dengan generasi akan datang disamping meningkatkan kesejahteraan komuniti yang kami berkhidmat.

“Saya yakin industri seni persembahan juga akan terus memupuk pertumbuhan ekspresi kreatif dan memacu kecemerlangan pada tahun-tahun mendatang. Inilah ‘tea toast’  kepada 19BCAA dan semua penggiat seni persembahan di Malaysia.”

Low Ngai Yuen, Presiden Kakiseni berkata: “Ketika pihak kami mendedahkan pencalonan 19BCAA, adalah penting untuk mengiktiraf dedikasi yang dicurahkan tanpa henti-henti sama ada di atas dan luar pentas. Penganugerahan ini bukan sahaja mengenai bakat – ia adalah pengiktirafan kecemerlangan yang dipamerkan melalui antusias yang tidak terkira banyaknya, sinonim dengan komuniti seni persembahan Malaysia. Ini adalah tahun ke-19 Anugerah Seni BOH Cameronian, oleh itu marilah kita sama-sama luangkan sedikit masa untuk mengiktiraf legasi di sini.

“BCAA telah menjadi juara kecemerlangan yang teguh selama hampir dua dekad, berdedikasi untuk mengiktiraf yang terbaik. Di samping itu, adalah penting untuk menyerlahkan usaha berterusan dalam penghakiman dan inovasi dalam seni persembahan. Perubahan sedang berlaku dalam industri seni persembahan; dan BCAA menerima evolusi ini, memastikan inovasi dan kebolehsuaian dinilai bersama tradisi dan penguasaan. Pasti akan ada kemas kini dan tweak terhadap format serta metodologi penghakiman untuk BCAA untuk masa akan datang. Ini adalah komitmen untuk kekal relevan dan responsif terhadap sifat dinamik persada seni persembahan. Ini bagi menghormati legasi dan terus meningkatkan bakat luar biasa untuk tahun-tahun mendatang.”

Tema tahun ini Pentas Kehidupan: Meneroka Tanpa Batasan, telah dipilih untuk meraikan penerokaan kreativiti tanpa batas dalam komuniti seni persembahan. Dari yang biasa kepada yang luar biasa, pengalaman hidup kami berfungsi sebagai muse ultimate untuk inovasi dan imaginasi, dan kami ingin mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada kuasa transformatif seni serta kekayaan dan kerumitan pengalaman manusia.

Lihat senarai penuh pencalonan Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 disini atau www.kakiseni.org/awards.

Anugerah Seni BOH Cameronian dengan bangganya disokong oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan disokong oleh penaja utama kami, BOH Plantations.

Majlis Anugerah untuk 19BCAA dijadualkan berlangsung pada 5 Mei 2024.

 

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: HONOR Melancarkan Tiga Rangkaian Flagship Baharu, Dengan Harga Bermula Dari RM4,499
Next: Lagu ‘Masing Masing’ Nyanyian Ernie Zakri dan Ade Govinda Tercalon Dalam SCTV Music Awards Indonesia

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
ST1_8581
  • Awards
  • Community
  • Entertainment
  • News

Pentas Anugerah Seni Cameronian BOH Ke-21 Jadi Saksi Kolaborasi Hebat Merentas Disiplin dan Teknologi

Allya Adriana May 5, 2026
5979908805204053415
  • Artist
  • Ceremony
  • Entertainment
  • Konsert
  • Live Concerts
  • Music

Aishah Rai 40 Tahun Seni Menerusi Konsert “40 Chapters of Love, Live in Concert”

Yasmin Zainal April 15, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.