Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • FGV catat kerugian bersih RM1.08b bagi tahun kewangan 2018
  • ACTIVITY

FGV catat kerugian bersih RM1.08b bagi tahun kewangan 2018

Helmi Aziz February 28, 2019 3 minutes read
205441.jpg

FGV Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM1.080 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Diembers, 2018, berbanding keuntungan bersih RM130.928 juta yang direkodkan pada 2017.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini juga mengumumkan hasil susut kepada RM13.467 bilion pada 2018 daripada RM16.921 bilion yang dicatatkan dalam tahun kewangan 2017.

Keputusan kumpulan tersebut juga terjejas teruk oleh susut nilai dan harga purata minyak sawit mentah (MSM) rendah pada RM2,282 setan metrik bagi tahun itu.

Tiada dividen dibayar semasa suku tersebut yang berakhir pada 31 Disember, 2018.

Dalam satu kenyataan berasingan, FGV berkata ia merekodkan kerugian sebelum zakat dan cukai (LBZT) sebanyak RM1 bilion berbanding keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM403 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh bahagian besar susut nilai dan peruntukan yang berjumlah RM1.038 bilion.

Penurunan harga purata MSM, semasa tempoh tersebut, juga menjejaskan prestasi hasil kasar dan juga pendapatan bersih.

Bagi suku keempatnya yang berakhir 31 Disember, 2018, kumpulan mencatatkan LBZT sebanyak RM139 juta berikutan susut nilai dan peruntukan yang berjumlah RM240 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata: “Dalam suku keempat, operasi perladangan menumpukan kepada memulihkan keuntungan, proses penyemakan semula dan melaksanakan kawalan baharu bagi memastikan prestasi ladang kami setara dengan pemain utama lain dalam industri.

Sebahagian daripada inisiatif ini telahpun mula membuahkan hasil tetapi penambahbaikan akan lebih ketara pada 2019.”

Semasa suku tersebut, pengeluaran tandan buah segar (FFB) sektor perladangan susut tiga peratus kepada 1.15 juta tan metrik daripada 1.18 juta tan metrik sejajar dengan penilaian trend pengeluaran FFB nasional Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi 2018.

Hasil FFB turun kepada 4.62 tan metrik daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya pada 4.76 tan metrik.

Berikutan kecekapan yang bertambah baik, kadar pengekstrakan minyak (OER) meningkat empat peratus pada suku keempat 2018 kepada 20.7 peratus berbanding 19.92 peratus pada tahun sebelumnya.

Jumlah pengeluaran MSM berkurangan enam peratus kepada 816,406 tan metrik berbanding 866,698 tan metrik pada suku yang sama sebelumnya.

Sementara itu, disebabkan pengurangan besar kuantiti pengeluaran FFB, kos harga dikilang meningkat kepada RM1,572 setan metrik berbanding RM1,507 setan metrik sebelumnya.

Sektor gula mencatatkan kerugian RM13 juta bagi suku tersebut berbanding keuntungan RM24 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya manakala sektor logistik dan perniagaan sokongan mencatatkan keuntungan RM19 juta, penurunan besar daripada keuntungan RM109 juta.

Ini disebabkan susut nilai belum terima yang berjumlah RM10 juta dan susulan perubahan dalam model perniagaan sektor tersebut.

Pelan transformasi FGV telah diluluskan oleh lembaga dan pelaksanaan secara berfasa bermula pada Oktober 2018.

Inisiatif awal untuk memulihkan keuntungan dan proses perubahan telah menunjukkan petanda awal kejayaan.

“Kami telah memantau prestasi setiap ladang selama beberapa bulan kebelakangan ini dan kami boleh melihat dengan jelas di mana jurang dan bagaimana menanganinya.

“Setakat ini, 59 peratus daripada ladang FGV telah mencapai angka bajet masing-masing atau mengatasinya,” kata Haris.

Di peringkat kilang, inisiatif untuk mengetatkan kawalan dan mengurangkan kerugian pengilangan sedang dilaksanakan dan FGV memantau kadar penggunaan kilangnya serta mengambil langkah untuk meningkatkan penyumberan FFB daripada pekebun kecil persendirian dan pihak ketiga lain.

Usaha penanaman semula FGV juga bakal menormalkan profil usia pokok sawit menjelang 2026.

Pada 2019, FGV menyasar menanam semula 15,000 hektar kawasan dengan sawit.

“Di peringkat strategik, rancangan untuk melupuskan perniagaan bukan teras sedang dilakukan. Begitu juga, usaha penyusunan semula tenaga kerja sedang dilaksanakan,” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BIMB Holdings Berhad catat keuntungan tertinggi
Next: Keuntungan sebelum cukai RM123 juta

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.