Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Perdasama Perak sasar 10 peratus ahli tembusi pasaran Jepun
  • ACTIVITY

Perdasama Perak sasar 10 peratus ahli tembusi pasaran Jepun

Helmi Aziz February 27, 2019 2 minutes read
204061.jpg

BAGAN SERAI – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Perak menyasarkan sekurang-kurangnya 10 peratus ahlinya bakal menerokai pasaran eksport produk makanan halal ke negara Jepun menjelang tahun 2020.

Yang Dipertuanya, Suhaidah Mohd Hashim berkata, sasaran itu dianggap realistik kerana kebanyakan ahli Perdasama berjumlah lebih 700 orang keseluruhannya sudah mengeluarkan pelbagai produk makanan halal yang berkualiti dan mampu menarik minat selera rakyat negara Jepun.

Menurutnya, pihaknya tidak menafikan kebanyakan produk bumiputera ini masih gagal memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan Jepun untuk dieksport ke negara itu iaitu mesti memiliki sijil perakuan halal diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jumlah kuantiti produk dieksport mengikut ketetapan dibuat.

“Oleh demikian, pihak kami berusaha menggalakkan kesemua pengusaha Bumiputera berpotensi untuk melengkapkan diri mereka dengan ketetapan dan keperluan syarat dikehendaki kerajaan Jepun.

“Ini kerana syer pasaran produk makanan halal dari negara ini sememangnya mendapat permintaan tinggi untuk dieksport ke negara Jepun, lebih-lebih lagi negara itu bakal menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2020,”katanya pada majlis perasmian program Pesta Niaga Kolej Komuniti Bagan Serai dengan kerjasama Perdasama Perak di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri turut menyaksikan satu upacara menandatangani memorandum perjanjian kerjasama di antara Kolej Komuniti Bagan Serai dan Perdasama Perak diwakili Pengarah kolej, Mohd Shahidi Mohd Saad dan Suhaida sendiri.

Usahawan bumiputera berpotensi menerokai pasaran Jepun.

Usahawan bumiputera berpotensi menerokai pasaran Jepun.

Dalam perkembangan lain, Suhaida amat gembira dengan termeterainya perjanjian kerjasama antara Kolej Komuniti Bagan Serai dan Perdasama Perak kerana inisiatif itu membantu membina jaringan perniagaan antara institusi pendidikan, usahawan dan agensi keusahawanan.

Selain itu, Suhaida menegaskan inisiatif itu bakal memberi manfaat kepada pelajar kolej terbabit untuk menerima pendedahan berteraskan industri di samping menggalakkan aktiviti pembudayaan keusahawanan kepada mereka.

“Bagi usaha jangka masa panjang, pelajar-pelajar ini mungkin boleh menawarkan diri sebagai tenaga pekerja mahir kepada usahawan-usahawan Perdasama Perak terutama dalam bidang pembuatan dan memproses makanan.

“Kami berharap kerjasama ini dapat berterusan dan mampu menjana lebih banyak kejayaan dan penemuan hasil penyelidikan bermanfaat kepada usahawan tempatan pada masa hadapan,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Marriott International bakal buka tiga lagi hotel di Malaysia
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.