Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Melihat kembali perkembangan HIV
  • Sport

Melihat kembali perkembangan HIV

Helmi Aziz February 3, 2019 3 minutes read
125536.jpg

SEMPENA Hari Aids Dunia 2018 yang jatuh pada 1 Disember, mari kita melihat kembali perkembangan jangkitan HIV/Aids sejak ia mula menyerang dunia dan sejauh mana pencapaian dunia dalam memerangi penyakit ini.

Sehingga kini, 70 juta individu telah dijangkiti dan sekitar 35 juta dari mereka berakhir dengan kematian. Hari ini, 37 juta individu di seluruh dunia hidup dengan jangkitan HIV di mana 22 juta daripada mereka sedang menerima rawatan.

Sejauh mana kita telah capai?

1980-an ialah permulaan kepada epidemik HIV di rantau Afrika Tengah dan Barat. Epidemik tersebut telah meragut banyak nyawa seawal beberapa minggu atau bulan selepas diagnosis. Sesetengah daripada mereka malah pergi dahulu sebelum diagnosis sempat dibuat.

Dengan ketiadaan rawatan efektif pada masa itu, harapan adalah sangat tipis. Pesakit terpaksa menghadapi penyakit tersebut dan meninggal dunia dalam tempoh hanya beberapa tahun selepas diagnosis.

1983 Kali pertama virus HIV dapat diasingkan oleh Dr François Barré-Sinoussi dan Dr Luc Montagnier di Institut Pasteur, Perancis.

Pada tahun yang sama, fakta bahawa virus ini juga boleh tersebar melalui hubungan seks antara lelaki dan perempuan, pemindahan darah, dan daripada ibu kepada bayi dalam kandungan baru dikenal pasti. Sebelumnya, ia dipercayai hanya tersebar dalam kalangan kumpulan tertentu seperti lelaki homoseksual dan penagih dadah.

1985 Ujian mengesan virus HIV kali pertama diluluskan. Dalam tahun yang sama, Persidangan Aids Antarabangsa pertama telah diadakan di Atlanta. Selain itu, percubaan klinikal bagi rawatan antiretroviral (ARV) turut dimulakan.

1987 ARV pertama lulus untuk digunakan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memperkenalkan program khas untuk Aids yang dinamakan Global Programme on Aids (GPA).

1988 Hari Aids Dunia pertama, 2018 ialah ulang tahun ke-30.

1991 Gerakan HIV dijenamakan dengan ikon reben merah. Warna tersebut dipilih sebagai simbolik darah (medium virus tersebar) dan semangat (kemarahan dan cinta).

1995 ARV mula dipreskrip dengan pelbagai kombinasi ubat-ubatan berbeza dan hasilnya memberangsangkan. Namun, tidak semua individu mendapat manfaat daripadanya disebabkan kos yang tinggi terutamanya dalam kalangan negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Tuntutan ke atas ubat-ubatan yang lebih murah dan mampu beli semakin meningkat.

2001 Penghasilan ubat generik ARV secara besar-besaran bermula dengan harga yang lebih murah. Banyak negara mendapat manfaat terutamanya di rantau Afrika Sub-Sahara.

2005 WHO memperkenalkan inisiatif “3 by 5” dengan matlamat menyediakan rawatan HIV kepada 3 juta individu di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

2014 Matlamat “90-90-90” diperkenalkan bagi menggalakkan langkah susulan.

2016 WHO melancarkan panduan rawatan HIV untuk semua individu termasuk ubat pencegahan dan ujian virus kendiri (self test).

2018 Cakupan ujian saringan virus mencecah 75% dan hampir 80% pesakit menerima rawatan.

Melihat kepada perkembangan sejak 1980-an, banyak kejayaan yang berjaya dicapai oleh dunia.

Langkah seterusnya ialah untuk menghapuskan HIV/Aids menjelang tahun 2030 mengikut matlamat yang diletakkan oleh WHO. Dengan berbaki 25% pesakit tidak didiagnosis dan 20% tidak menerima rawatan, adakah kita mampu mencapai sasaran tersebut?

– Sumber: https://hellodoktor.com/ms/



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Lakukan ziarah pada waktu dianjurkan Islam
Next: Sembunyikan Amalan Baik

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.