Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Starbucks Reserve buka cawangan ke lapan
  • ACTIVITY

Starbucks Reserve buka cawangan ke lapan

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
172078.jpg

STARBUCKS Malaysia, yang telah merasmikan cawangan Starbucks Reserve ke-lapan hari ini, merancang untuk membuka dua atau tiga lagi kedai berkonsep premium pada setiap tahun bagi menangani peningkatan minat pelanggan ke atas keunikan dunia kopi.

Pengarah Urusan Starbucks Malaysia & Brunei, Sydney Quays berkata, cawangan Starbucks Reserve yang pertama telah dibuka di The Gardens Mall pada tiga tahun lepas, diikuti dengan Sunway Pyramid, SkyAvenue Genting Highlands, Publika, Desa Parkcity, Four Seasons Place Kuala Lumpur, Paradigm Mall Johor dan hari ini di Berjaya Time Square, melalui tapak kedai yang berkeluasan 5,000 kaki persegi.

“Kami tidak menjangka sambutan yang kukuh bagi kedai konsep baharu ini dan kami terkejut selepas melihat ramai pengunjung amat berminat untuk mengetahui tentang kopi dan kepelbagaian kaedah bru kopi.

“Ini mengilhamkan kami untuk membuka lebih banyak cawangan Starbucks Reserve. Pembukaan Starbucks Reserve di Berjaya Times Square mencerminkan keasyikan kami ke atas kopi termasuk komitmen kami untuk terus menyediakan pengalaman kopi dan pengetahuan kepada rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, memupuk budaya hubungan manusia,” katanya kepada pemberita selepas pembukaan kedai itu hari ini.

Starbuck Reserve menampilkan dua buah bar, satu bar utama yang menghidangkan produk Starbucks utama dan satu lagi bar, menawarkan tujuh kaedah bru kopi seperti tuang dari atas, Chemex, tekanan, sifon, espreso Black Eagle, Clover dan bru sejuk Nitro.

Quays, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Bhd berkata, kumpulan itu, biasanya akan membuka kira-kira 30 cawangan Starbucks setahun dengan perbelanjaan modal mencecah sehingga RM60 juta, ini merangkumi cawangan biasa, Starbucks Reserve, pemanduan terus dan gerai-gerai kecil.

Sementara itu, beliau melahirkan keyakinan ke atas prospek Berjaya Food untuk tahun kewangan 2019, didorong oleh jangkaan prestasi yang lebih baik membabitkan perniagaan Kenny Rogers Roasters (KRR) di Malaysia dan operasi Jollibean di Singapura.

“KRR telah menjadi cabaran sejak beberapa tahun lepas tetapi melalui strategi baharu yang diperkenalkan, KRR Express, cawangan format kecil, kami lihat ia telah mula bertambah baik pada tahun ini. Konsep ini, terbukti berkesan dan kami mahu mengembangkan model ini kerana ia hanya melibatkan pelaburan yang lebih rendah,” katanya.

Quays ketika mengulas mengenai cukai gula yang bakal dikenakan pada 1 April ini berkata, ia tidak akan menjejaskan perniagaan kumpulan secara ketara dan kumpulan tidak mempunyai rancangan untuk meningkatkan harga produk pada masa sekarang. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Rancang segera pembahagian harta
Next: Adab memberi salam

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.