Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Percikan nuansa pastel Uniqlo – Sinar Harian
  • Ekspo

Percikan nuansa pastel Uniqlo – Sinar Harian

Helmi Aziz March 2, 2023 2 minutes read
617942.jpg

LUPAKAN seketika koleksi fesyen nuansa hitam atau coklat yang lazimnya disifatkan warna selamat dalam kalangan wanita. Memasuki tahun 2020, zaman milenium tanpa batasan seharusnya kaum Hawa keluar dari zon selesa.

Biarpun rona gelap kekal relevan sepanjang masa, namun itu tidak bermakna wanita harus statik pada imej sama. Justeru, buat mereka yang berjinak-jinak untuk menyarungkan pakaian berwarna, tetapi perasaan malu menebal, usah bimbang, jenama Uniqlo ada solusinya.

Pengeluar pakaian popular dari Jepun tersebut melancarkan himpunan Uniqlo U Musim Bunga/Panas 2020 bermula pada 21 Februari ini. Bertemakan Future LifeWear Essential, koleksi berkenaan direka khas oleh Pengarah Artistik, Christophe Lemaire dengan kerjasama pasukan penyelidikan dan pembangunan di Paris.

Sempena musim ini, Uniqlo U hadir dalam palet warna pastel yang menyerlahkan sisi romantis dan feminin si pemakai.

GAUN warna kuning lembut menyuntik sisi feminin dan romantis si pemakai.

GAUN warna kuning lembut menyuntik sisi feminin dan romantis si pemakai.

Selain rona kuning, wanita juga berpeluang memilih warna putih, coklat tanah, merah jambu lembut, kelabu dan jingga pic. Sama seperti keluaran sebelum ini, Uniqlo masih mengekalkan signatur dari segi rekaan yang praktikal.

Potongannya longgar dan polos. Konsep sedemikian secara tidak langsung memberi peluang kepada wanita mempraktikkan suai dan padan bersama aksesori, sepatu dan hijab warna kontra.

Gabungan dua label Bertambah menarik, koleksi Uniqlo U, bukan sahaja menawarkan gaun. Turut dihimpunkan baju-T, blaus, jaket dan celana yang ideal mengisi gerobok golongan wanita yang gemarkan gaya santai dan kasual.

Material digunakan pula berkualiti dan sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Selain tampak kasual digayakan ketika bersantai, koleksi Uniqlo U bersifat ringan juga sesuai dipakai ke kampus atau disusun kemas di dalam bagasi untuk dibawa bercuti.

Dalam perkembangan lain, Uniqlo juga berkolaboratif dengan Pengasas Bersama Ambush, Yoon Ahn antara jenama popular di Jepun pada bulan Januari lalu.

Gabungan dua label berkenaan telah mengeluarkan koleksi pakaian Uniqlo x Ambush yang menerapkan ilustrasi karakter Minnie Mouse Disney. Antaranya baju-T, jaket, seluar, beg silang dan topi dalam rona merah jambu, hijau, putih dan kuning lembut. Bicara Yoon, kerjasama antara jenama Ambush, Disney dan Uniqlo bagaikan mimpi jadi realiti.

“Sudah sekian lama saya mengimpikan kolaboratif seumpama ini. Apatah lagi, saya merupakan peminat tegar jenama Uniqlo,” katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Baik koleksi Uniqlo U mahupun Uniqlo x Ambush, kedua-dua koleksi berkenaan berada di pasaran bermula pada bulan ini.•

HIMPUNAN Uniqlo U ideal digayakan wanita yang gemarkan konsep santai dan ringkas.

HIMPUNAN Uniqlo U ideal digayakan wanita yang gemarkan konsep santai dan ringkas.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Fesyen tie-dye kembali trending – Sinar Harian
Next: ‘Nak berniaga kena ada ilmu’ – Tya

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.