Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Giant, Cold Storage jadi milik syarikat Malaysia
  • ACTIVITY

Giant, Cold Storage jadi milik syarikat Malaysia

Helmi Aziz March 2, 2023 3 minutes read
2104859.jpg

KUALA LUMPUR – DFI Group (DFI) memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka Malaysia yang diketuai ahli perniagaan dan usahawan, Datuk Andrew Lim, untuk mengambil alih keseluruhan perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant.

DFI dalam satu kenyataan berkata, peralihan itu dijangka selesai awal bulan depan.

Andrew Lim mempunyai rekod prestasi yang luas dan dikenali dengan kejayaannya dalam kepimpinan runcit serta menyumbang ketara kepada pertumbuhan dan transformasi landskap runcit di Malaysia.

Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Kumpulan SOGO Department Store Sdn Bhd, serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan GAMA yang memiliki dan mengendalikan jenama ikonik GAMA Supermarket & Departmental Store di Pulau Pinang.

“Syarikat tempatan ini berkongsi kepercayaan yang sama seperti DFI dalam memberi fokus kepada menyampaikan kualiti, perkhidmatan serta nilai hebat kepada pelanggan.

“DFI yakin pemilik tempatan berpengalaman seperti Andrew Lim akan memberi manfaat serta perubahan positif kepada pelanggan dan kakitangan Giant, Cold Storage dan Mercato.

“Perkembangan positif ini sudah pasti akan menjana pertumbuhan masa depan berdasarkan pengetahuan pasaran yang mendalam, pelaburan jenama dan kekuatan daya saing untuk membentuk landasan kukuh,” kata DFI dalam kenyataan itu di sini pada Khamis.

Menurut DFI, syarikat tempatan itu juga akan mengambil alih 2,500 kakitangan sedia ada.

“DFI berterima kasih ke atas dedikasi dan komitmen kakitangan, serta percaya pengalaman dan semangat mereka terhadap jenama ini akan diteruskan dengan memberi sokongan padu kepada cita-cita kompetitif Lim dan pasukan kepimpinan tempatan ini.

“Mereka juga akan menerima manfaat daripada peluang pertumbuhan kerjaya dengan menjadi sebahagian daripada syarikat yang lebih besar di Malaysia,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara, Chris Bush, berkata syarikat itu yakin dengan kepimpinan syarikat tempatan terbabit menerajui kejayaan masa depan perniagaan makanan.

“Kami amat gembira apabila dapat memastikan perolehan perniagaan makanan ini diberi kepada syarikat tempatan yang dihormati serta berjaya, dengan mengekalkan kakitangan berdedikasi syarikat, dimana ia menyediakan peluang pertumbuhan kerjaya untuk kakitangan dan meningkatkan daya saing, perkhidmatan serta memberi nilai yang lebih besar untuk pelanggan di Malaysia.

“Kami mendoakan yang terbaik kepada pemilik baharu serta semua rakan sekerja kami di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Lim berkata: “Kami mengucapkan terima kasih kepada DFI Retail Group kerana memberi kepercayaan serta amanah kepada kami memajukan lagi jenama runcit terkenal di Malaysia ini.

“Kami, bersama-sama dengan 2,500 rakan serta teman sekerja yang baharu ini akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah nilai dan meningkatkan ekuiti jenama Cold Storage, TMC, Giant dan Mercato di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menurut DFI, ia kekal komited terhadap perniagaan runcit di Malaysia dengan mempertajamkan fokus strategik kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan yang kini berkembang pesat.

Katanya, DFI Group akan terus memiliki dan mengendalikan sepenuhnya kedai Guardian Health and Beauty dan merancang pertumbuhan pesat Guardian Malaysia dengan jangkaan penambahan rangkaian kedai yang kini melebihi 500 cawangan serta menambah ratusan perkerjaan dalam tempoh dua tahun ini.

“Peralihan ini akan membolehkan DFI Group menumpukan perhatian eksklusif kepada pengembangan perniagaan Guardian di Malaysia.

“Kami teruja dengan peluang untuk memajukan Guardian dengan lebih pesat disokong dengan penambahan cawangan yang ketara, penambahbaikan kedai dan peningkatan tawaran kepada pelanggan,” katanya. – Awani

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ekstrak tumbuhan rawat kulit kusam
Next: Signatur versatil, sisi ‘seksi’ AfiqM

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.