Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • SimplySiti bantu kanak-kanak pesakit jantung
  • Ekspo

SimplySiti bantu kanak-kanak pesakit jantung

Helmi Aziz March 2, 2023 2 minutes read
624560.jpg

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu situasi menggambarkan pengorbanan ibu bapa yang gigih mencari rezeki demi mengumpul dana merawat dan menjalani pembedahan jantung anak-anak mereka.

Prihatin keperitan menyelubungi keluarga berkenaan, produk kecantikan SimplySiti mengambil inisiatif melaksanakan tanggungjawab sosial korporat, Kempen SimplySiti Di Hati.

Menurut Presiden SimplySiti Sdn Bhd, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, sejak dilaksanakan sekitar tahun 2011, Kempen SimplySiti Di Hati berjaya mengumpul dana melebihi RM200,000 dan membiayai kos pembedahan 14 kanak-kanak pesakit jantung daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Bagi Kempen SimplySiti Di Hati 2019, kami berjaya mengumpul kutipan dana tertinggi sebanyak RM171,145 hasil sumbangan daripada masyarakat dan syarikat-syarikat konglomerat.

“Saya juga berpeluang turun padang dan melihat wajah mereka yang menyokong misi kempen. Situasi ini, secara tidak langsung menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amat bermurah hati menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan,” katanya pada Majlis Makan Malam SimplySiti Di Hati 2019 Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur baru-baru ini.

SITI NURHALIZA (tiga dari kiri) dan Zuraida (kiri) bergambar bersama keluarga dan kanak-kanak pesakit jantung pada Majlis Makan Malam SimplySiti Di Hati 2019 Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur baru-baru ini.

SITI NURHALIZA (tiga dari kiri) dan Zuraida (kiri) bergambar bersama keluarga dan kanak-kanak pesakit jantung pada Majlis Makan Malam SimplySiti Di Hati 2019 Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau turut menyerahkan replika cek bernilai RM171,145 kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Institut Jantung Negara (IJN), Raja Datin Seri Zuraida Raja Mansur untuk disalurkan kepada Tabung Yayasan IJN.

Sementara itu, dana yang berjaya dikumpul tersebut digunakan untuk membiayai kos pembedahan jantung lima kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun iaitu Siah Wan Ying, Nurul Syamimi Ahmad Paridon dan Auni Insyirah Muhammad Firdaus Hilmi. Pesakit lain ialah Auni Mardhiyah Ahmad Hanafi dan R Mugilan.

Dimaklumkan, kelima-lima kanak-kanak terbabit sudah selamat menjalani pembedahan dan dalam proses penyembuhan.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Rona tuah hiasi koleksi Off-White
Next: Maxis catat untung bersih RM1.18 bilion

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.