Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Celcom perkukuh ciri keselamatan siber menerusi ACFC
  • ACTIVITY

Celcom perkukuh ciri keselamatan siber menerusi ACFC

Helmi Aziz September 1, 2022 2 minutes read
1889421.jpg

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menubuhkan Pusat Siber Bersatu Axiata (ACFC) bagi meningkatkan ciri keselamatan siber.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Idham Nawawi berkata, ACFC berfungsi sebagai pusat pemantauan ancaman digital dan melindungi data perusahaan.

Menurutnya, ACFC yang beroperasi di ibu pejabat Celcom merupakan sebahagian pelaburan jangka panjang bagi meningkatkan kepercayaan dan daya tahan digital kepada masyarakat.

“Sejak 2018, Celcom telah melabur lebih RM65 juta bagi memperkukuh keupayaan keselamatan siber.

“ACFC merupakan inisiatif terbaharu dalam siri pelaburan ini yang diyakini mampu menyumbang ekosistem digital yang cekap bagi keselamatan siber selari dengan perkembangan teknologi pesat di Malaysia,” katanya pada pelancaran ACFC di ibu pejabat Celcom pada Sabtu.

Annuar (tengah) melancarkan ACFC di ibu pejabat Celcom pada Sabtu.

Annuar (tengah) melancarkan ACFC di ibu pejabat Celcom pada Sabtu.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, ACFC dilengkapi keupayaan pertahanan dan serangan aktif yang membolehkan tindakan proaktif serta pencegahan ancaman siber untuk sesebuah organisasi.

“Sebagai penyedia perkhidmatan lebih 34 tahun, Celcom komited membina ekosistem digital yang lebih mampan yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan mencapai aspirasi digital negara.

“Kami telah bekerjasama dengan 39 rakan kongsi teknologi bagi memperkukuh penyelesaian inovatif dan infrastruktur rangkaian teras yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan mencapai aspirasi digital negara,” katanya.

Sementara itu Annuar berkata, beliau menyokong usaha mana-mana pihak meningkatkan sistem keselamatan siber bagi memberi keyakinan pengguna yang berdepan ancaman siber disebabkan kepesatan teknologi dalam negara.

“Pemantauan ancaman siber dan langkah kawalan adalah satu keperluan yang bukan sahaja kepada Celcom tetapi agensi-agensi lain khususnya berkaitan dengan keselamatan siber.

“Hampir setiap hari kita mendengar ada yang menjadi mangsa penipuan siber, jadi saya mahu langkah kehadapan untuk pastikan kerajaan melakukan tindakan tepat dalam aspek jaminan keselamatan siber,” katanya.

Untuk itu Annuar berkata, beliau telah menjemput semua ahli lembaga pengarah semua agensi yang berkaitan dengan keselamatan siber untuk mengadakan perbincangan pada minggu depan.

“Saya nak tengok sama ada sistem sedia ada masih sesuai dengan situasi sekarang dan memikirkan cara perkukuh lagi sistem keselamatan sedia ada.

“Saya berharap ekosistem teknologi dapat bergerak ke hadapan dengan lebih baik serta ditawarkan dengan kos yang berpatutan supaya tidak membebankan pengguna,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: OSA: Waspada jika sering tak cukup tidur, dengkur luar biasa
Next: Keselamatan bermotosikal – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.