Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit susut, dolar AS capai paras tertinggi tempoh 20 tahun
  • ACTIVITY

Ringgit susut, dolar AS capai paras tertinggi tempoh 20 tahun

Helmi Aziz September 1, 2022 2 minutes read
1891920.jpg
Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

RINGGIT kembali merosot kepada paras terendah sejak Januari 2017 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan unit negara maju naik kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun berbanding mata wang utama selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed), Jerome Powell menegaskan kadar yang tinggi dijangka berterusan untuk tempoh yang belum dapat dikenal pasti.

Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah isyarat bahawa inflasi ekonomi terbesar dunia itu tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.4885/4915 berbanding dolar AS daripada 4.4655/4675 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Seorang penganalisis memberitahu Bernama bahawa pasaran kini mengunjurkan kenaikan kadar faedah AS sebanyak 75 mata asas ketika mesyuarat Fed pada September dengan kadar antara 3.75-4.0 peratus menjelang akhir tahun ini.

Dalam negara, Indeks Harga Pengguna Malaysia meningkat 4.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.9 pada Julai 2022 berbanding 122.5 pada bulan yang sama tahun lepas. Inflasi untuk tempoh Januari hingga Julai 2022 menokok 2.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed trend kadar inflasi yang tinggi adalah fenomena global yang turut dialami oleh banyak negara berikutan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api.

Bagaimanapun, Mustapa berkata kadar inflasi di Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia.

Beliau berkata kadar pada Julai 2022 adalah lebih rendah berbanding United Kingdom (10.1 peratus), Zon Euro (8.9 peratus), AS (8.5 peratus), Thailand (7.6 peratus), Singapura (7.0 peratus), Filipina (6.4 peratus), Korea (6.3 peratus) dan Indonesia (4.9 peratus),” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro dengan merosot kepada 4.4705/4735 berbanding 4.4668/4688 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2100/2126 daripada 3.2140/2159, naik berbanding pound Britain kepada 5.2439/2474 daripada 5.2831/2855 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2385/2409 daripada 3.2619/2636 pada Jumaat. – Bernama


Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Westlite peneraju asrama transit berpusat
Next: Tip penjagaan papan induk – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.