Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Hotel/Resort
  • Bennington Residences, kondominium dalam bandar tawar kedamaian hutan
  • Hotel/Resort

Bennington Residences, kondominium dalam bandar tawar kedamaian hutan

Helmi Aziz August 31, 2022 2 minutes read
1573727041_502357.jpg

Oleh SUHARNE ZAINUDIN Foto: Rosli Talib
24 Oktober 2019 12:41pm
Masa membaca: 4 minit

LEBIH 100 rakan media termasuk perunding projek telah dibawa melawat dan menikmati suasana hutan dengan kedamaian alam semula jadi pada waktu malam di Bennington Residences, sebuah kondominium eksklusif mewah oleh pemaju bandar terkemuka, SkyWorld Development Group (SkyWorld).

Bennington Residences terletak di SkyArena, Jalan Ayer Jerneh di Setapak, Kuala Lumpur dibina dengan dua menara dan setiap menara mempunyai 40 tingkat.

Kedua-dua menara itu terletak di kawasan tanah seluas 1.184 hektar dan setiap menara terdiri daripada 580 unit mewah dengan jarak antara 1,092 kaki persegi kepada 1,570 kaki persegi.

Ketua Pegawai Operasi SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, Bennington Residences telah diserahkan kepada pemilik unit masing-masing pada Jun tahun ini setelah pembangunannya berjaya disiapkan tiga bulan lebih awal daripada jadual ditetapkan.

Katanya, Bennington Residences juga berjaya memperoleh skor Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan (QLASSIC) sebanyak 78 peratus oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Bennington Residences dibina berteraskan kepada tiga kunci utama SkyWorld iaitu penciptaan nilai dengan melibatkan kawasan strategik dan kualiti penamat; pembangunan bersepadu menerusi kemudahan dan fasiliti terbaik; dan konsep rekaan yang inovatif,” katanya yang memberitahu Bennington Residences menampilkan konsep kedamaian hutan dengan kehijauan alam semula jadi.

Tambahnya, Bennington Residences ialah salah satu projek yang menyediakan pembiayaan Islamik menerusi program pembiayaan Maybank Islamic Houzkey bagi pinjaman perumahan yang dipermudahkan.

“Malah menerusi program SkyHome yang ditawarkan juga, kondominium ini ideal buat pencari rumah terutamanya pembeli rumah kali pertama atau mereka yang mahu menaik taraf rumah tanpa dibebani kos pendahuluan yang tinggi sekali gus dapat menikmati aliran tunai lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai sekumpulan media pada sesi lawatan ke Bennington Residences, Jalan Ayer Jerneh di Setapak, Kuala Lumpur malam tadi.

Bennington Residences merupakan satu-satunya pembangunan bersepadu di Setapak terdiri daripada kompleks sukan perumahan, komersial dan pelbagai tingkat dab berada pada lokasi strategik dengan kemudahan akses dari lebuh raya DUKE.

Kondominium itu turut menyediakan pelbagai kemudahan antaranya sky theater, dining & party pavilion, sky spa, lounge dan terrace exercise, kolam renang infiniti, jakuzi, dek kolam, taman permainan kanak-kanak, teres terbuka, taman landskap dan banyak lagi.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ambil tahu fakta demam denggi
Next: SP Setia terima anugerah 10 pemaju terbaik di Asia kali ke-11

Related Stories

  • Business
  • Hotel/Resort
  • Tourism

Hospitality Sector in Kota Kinabalu Struggles with Licensing Fee Hike.

Helmi Aziz March 14, 2025
IMG-20250304-WA0075
  • ATTRACTION
  • Hotel/Resort
  • Promotion
  • Tourism

Unfair Burden on Hotels: Why Kota Kinabalu’s Licensing Fee Hike Needs a Rethink.

Helmi Aziz March 14, 2025
WhatsApp Image 2025-03-03 at 18.52.22_cfffcddc
  • Hotel/Resort
  • Promotion
  • Tourism
  • Travel

Cabaran dan Persediaan MyBHA dalam Menjayakan VMY2026.

Helmi Aziz March 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.