Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • KL Wellness City tawar pesakit pengalaman terbaik, rawatan lebih cekap
  • ACTIVITY

KL Wellness City tawar pesakit pengalaman terbaik, rawatan lebih cekap

Helmi Aziz March 29, 2022 3 minutes read
1643719.jpg

SHAH ALAM – KL Wellness City Sdn Bhd memperkenalkan lestari berasaskan penjagaan kesihatan yang pertama seumpamanya dikenali sebagai KL Wellness City terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dibangunkan di atas tanah seluas 10.72 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan lebih RM11 bilion.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Colin Lee berkata, KL Wellness City bakal mentakrif semula cara pesakit Malaysia dan antarabangsa menerima rawatan dalam sebuah lestari yang merangkumi semua aspek kesihatan, perubatan, kecergasan dan kesejahteraan.

Menurutnya, di KL Wellness City, penjagaan kesihatan disepadukan dengan rawatan am, rawatan pencegahan dan kecergasan bagi merealisasikan potensi kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan setiap penduduk dan pesakit.

“Dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan komersial serta peruncitan, dan landskap hijau, reka bentuk bangunan ini memaksimumkan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi. Bagi memanfaatkan kesan penenang dan penyembuhan alam semula jadi, perbandaran ini menawarkan nisbah penghuni kepada alam semula jadi yang tinggi, iaitu sebanyak lima meter persegi kawasan hijau bagi setiap penghuni.

“Kami memperkenalkan Bandar Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan pertama di Asia Tenggara, di Kuala Lumpur. Menerusi ekosistemnya yang menyeluruh, kami menyasarkan KL Wellness City untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan yang lebih cekap dan menyenangkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, syarikat menjangkakan hab penjagaan kesihatan itu akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi terkemuka untuk pelancong kesihatan global dan menyumbang kepada pengukuhan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, KL Wellness City akan dilancarkan dalam dua fasa yang turut dilengkapi dengan menara pejabat, resort persaraan dan apartmen perkhidmatan berteraskan kesihatan apabila siap sepenuhnya.

“Fasa pertama dijadualkan siap pada 2025. Perbandaran ini diletakkan secara strategik dalam kawasan kejiranan Bukit Jalil, yang sememangnya padat dengan penduduk dan mempunyai ramai bakat yang berkemahiran dalam bidang penjagaan kesihatan dalam radius 15 kilometer (km),” katanya.

Sementara itu, Lee berkata, The Nobel Healthcare Park, kompleks suit perubatan dan kesihatan khusus dengan GDV RM1 bilion dirancang untuk dijadikan sebagai hab sehenti daripada proses diagnosis hinggalah kepada pemulihan.

Beliau berkata, di KL Wellness City, teknologi terkini diguna pakai bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan dan penyampaian perkhidmatan, merealisasikan konsep Bandar Pintar di mana aplikasi pintar teknologi kesihatan, ketersambungan dan data masa sebenar diguna pakai bagi meningkat kemudahan pesakit dan penduduk.

“Dibina mengikut spesifikasi ketat garis panduan persijilan GBI, perakuan hijau jangka panjang KL Wellness City turut disokong oleh Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM 6D) sehingga ke peringkat pengurusan aset paling tinggi, bagi menikmati tahap kecekapan operasi yang tinggi semasa pembinaan dan operasi jangka panjang.

“Kami yakin perancangan rapi untuk perbandaran bersepadu dan saling berhubung sepenuhnya ini akan menyumbang kepada pengalaman positif bagi kesemua mereka yang ingin mendapatkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan di KL Wellness City,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Jadilah Bintang Galaksi dengan Siri Galaxy S22
Next: SEBA 2022: Edisi Utara Yang Pertama

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.