Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka lemah, dolar AS terus mengukuh
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka lemah, dolar AS terus mengukuh

Helmi Aziz March 25, 2022 2 minutes read
1638259.jpg

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila mata wang Amerika Syarikat itu terus mengukuh di tengah-tengah ketidaktentuan keselamatan dan jaminan tenaga di Eropah, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.2320/2370 berbanding dolar AS daripada 4.2220/2255 pada penutup Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan itu muncul apabila kerajaan Rusia meminta bayaran dibuat dalam mata wangnya untuk penyelesaian urus niaga gas.

“Ini telah menimbulkan ketidaktentuan lebih lanjut mengenai keselamatan tenaga di Eropah yang banyak bergantung kepada Rusia untuk input gasnya. Pengumuman itu telah menyebabkan peningkatan mendadak mata wang ruble Rusia,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Afzanizam berkata ketidaktentuan sebegitu juga mengakibatkan dolar AS terus meningkat, dengan Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.13 peratus kepada 98.623 mata.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal lemah kerana pelabur tidak pasti bagaimana urus niaga gas di Eropah boleh diselesaikan, dan apakah maknanya kepada keselamatan tenaga di rantau itu,” katanya.

Oleh itu, Mohd Afzanizam berkata ringgit diunjur bergerak sekitar RM4.22 hingga RM4.23 hari ini.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1173/1212 daripada 3.1094/1122 pada hari Rabu dan susut berbanding pound Britain kepada 5.5862/5928 daripada 5.5849/5895 sebelumnya.

Ringgit juga turun berbanding yen kepada 3.4987/5031 daripada penutup Rabu pada 3.4893/4924, dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.6565/6620 daripada 4.6446/6485 semalam. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kukuhkan PKS, pembiayaan awal: Mustapa
Next: Lebih 10 lagi cawangan Mr DOLLAR dibuka tahun ini

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.