Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Kukuhkan PKS, pembiayaan awal: Mustapa
  • ACTIVITY

Kukuhkan PKS, pembiayaan awal: Mustapa

Helmi Aziz March 25, 2022 2 minutes read
1638387.jpg

KUALA LUMPUR – Malaysia mesti memperkukuh ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama berkaitan pembiayaan peringkat awal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menyokong PKS dan menyediakan pembiayaan peringkat awal penting untuk memudahkan firma yang produktif dan inovatif.

“Inovasi, seperti yang kita semua tahu, adalah salah satu pemacu yang paling memberi kesan kepada peningkatan produktiviti.

“Dasar inovasi berserta ekosistemnya adalah penting untuk menghasilkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada output yang menjana keuntungan yang didorong oleh produktiviti,’’ katanya ketika berucap pada sesi maya ‘’Inovasi Mendorong Pertumbuhan di Malaysia’’ oleh Bank Dunia pada Khamis.

Beliau berkata dengan berbuat demikian, PKS Malaysia akan menikmati tahap produktiviti yang lebih tinggi dan dapat merapatkan jurang dengan rakan serantau.

Mustapa memberitahu, PKS yang terdiri daripada lebih 97 peratus firma yang beroperasi di Malaysia, mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam peralihannya kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

“Malaysia sedang beralih ke arah inovasi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi seterusnya dengan produktiviti pelbagai faktor dijangka menyumbang 40 peratus kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“PKS juga bersedia untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam ekonomi, menyumbang kira-kira 45 peratus daripada KDNK dan 25 peratus daripada jumlah eksport menjelang 2025,” katanya.

Justeru beliau menambah pada masa hadapan, penyepaduan pelbagai dasar dan penyelarasan antara kementerian dan agensi yang berbeza akan menjadi kunci dalam agenda inovasi dan pembaharuan ini.

Mustapa berkata, laporan Bank Dunia – Penilaian Ekosistem Pembiayaan Permulaan dan Kajian Kecekapan Program PKS menyediakan cadangan yang akan memberikan input ke arah matlamat Malaysia untuk mentransformasikan PKS mikro sebagai pemacu pertumbuhan baharu.

“Kita maklum akan jurang yang dikenal pasti oleh dua laporan Bank Dunia itu mengenai ekosistem pembiayaan untuk syarikat pemula niaga.

“Salah satu pemerhatian ialah pembiayaan cenderung tersedia untuk pemula niaga peringkat kemudian berbanding peringkat awal,” katanya.

Laporan Bank Dunia juga mengetengahkan keperluan untuk Malaysia mengurangkan halangan kemasukan bagi firma inovatif dan mewujudkan saluran untuk firma unicorn pada masa hadapan.

Menjelang 2025, Malaysia menyasar untuk mempunyai lima unicorn dan 5,000 syarikat permulaan (pemula niaga).

“Ketersediaan pembiayaan peringkat awal akan menjadi alat terbaik untuk menggalakkan kemunculan firma-firma inovatif sedemikian.

“‘Laporan ‘Kajian Kecekapan Program PKS’ khususnya akan membantu kita mengenal pasti peluang untuk mengurangkan pertindihan dan meningkatkan kecekapan dan seterusnya memastikan program-program kerajaan bertindak balas terhadap keperluan PKS yang paling mendesak,’’ kata Mustapa.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit ditutup kukuh dengan risiko lebih baik
Next: Ringgit dibuka lemah, dolar AS terus mengukuh

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.