Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Petronas, Schlumberger teroka bidang digital, IoT
  • ACTIVITY

Petronas, Schlumberger teroka bidang digital, IoT

Helmi Aziz March 25, 2022 2 minutes read
1638539.jpeg

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Schlumberger WTA (Malaysia) Sdn Bhd (Schlumberger) untuk bersama-sama meneroka peluang dalam bidang kemampanan, digital dan Internet Pelbagai Benda (IoT) serta projek penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menurut kenyataan Petronas pada Khamis, mengikut MoU itu, pihaknya dan Schlumberger akan melaksanakan inisiatif kemampanan utama seperti penubuhan Pusat Kecemerlangan Penyerapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) merangkumi repositori data berasaskan awan untuk penyimpanan karbon dan teknologi pengasingan karbon dioksida di samping program pembangunan kompetensi dan pengurusan pelepasan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli berkata, Petronas dan Schlumberger telah menjalinkan perkongsian sejak sekian lama dan bersedia untuk memanfaatkan keupayaan Schlumberger.

“Keupayaan Schlumberger akan dimanfaatkan untuk membangunkan teknologi boleh dipercayai, selamat dan sedia untuk digunakan yang mengurangkan jejak karbon dalam operasi huluan kami di samping menyediakan rangka kerja keupayaan yang tepat serta repositori data yang cekap,” katanya.

Beliau berkata pihaknya yakin kerjasama tersebut akan terus memberi inspirasi bagi penyelesaian yang lebih inovatif ke arah menguruskan pelepasan karbon sekali gus menyokong aspirasi Petronas untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Menurut Petronas, pihaknya turut berusaha untuk mencapai lebih banyak pembakaran pengeluaran berterusan sifar dan pelepasan hidrokarbon dengan menggunakan teknologi yang dapat mengurangkan pelepasan di seluruh rantaian nilai.

Petronas juga sedang melaksanakan langkah terancang untuk membangunkan portfolio berdaya tahan dan mampan dalam menyokong peralihan kepada sumber tenaga karbon rendah-kepada-sifar, jelasnya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Honor bakal lancar empat produk mega Honor X
Next: TH, Saudi Airlines meterai perjanjian penerbangan sewa khas

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.