
Anugerah Juara Lagu edisi ke 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad) bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada jam 9.00 malam di TV3 dan strim Live HD di tonton, youtube dan di tiktok Malaysia. Gandingan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai hos di acara kemuncak ini sangat mendebarkan.
Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) bertemakan ‘Ini Rentak Kita’ telah menyatukan 12 lagu yang dipertandingkan dengan berlainan genre muzik. Penaja utama AJL 36 kali ini ditaja oleh NOIR Beauty Essence, “Cantik dengan NOIR, Hanya NOIR” serta menampilkan siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret sebagai penaja bersama, Hot FM, Buletin FM dan Molek FM sebagai rakan radio serta Audio+, Xtra, Tonton, Oh Bulan!, Seismik, Sirap Limau, SAYS, Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times sebagai rakan digital.

Malam AJL 36 ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa dari Mas Idayu, Ayda jebat, Dato’ Jamal Abdillah dan kumpulan Cassia sebagai persembahan di pembukaan. Selain itu, persembahan berkonsepkan Rock Orchestra juga diadakan khas untuk peminat rock tegar.
Juara bagi Ajl 36 kali ini dimenangi oleh Pelukan Angkasa, SOG X Shila Amzah. Komposer Raja Nazrin Shah dan penulis lirik Fazleena Hishamuddin. Naib Juara dan persembahan terbaik dimenangi oleh Marsha Milan dengan lagunya cinta. Komposer oleh Bunga Cinta dan Hang Nadim, penulis lirik Hang Nadim. Tempat ketiga dimenangi oleh Haqiem Rusli dengan lagunya bertajuk Mimpi, Komposer Haqiem Rusli dan Dato A. Aida. Penulis lirik Haqiem Rusli dan Dato A.Aida. Akhir sekali vocal terbaik dimenangi oleh Aina Abdul yang membawakan lagu bertajuk Sepi. Komposer Aina Abdul dan penulis lirik Aina Abdul dan Wan Zakaria.