Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd sasar 200 lembu ibadah korban
  • ACTIVITY

Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd sasar 200 lembu ibadah korban

Helmi Aziz March 4, 2022 3 minutes read
1615414.jpeg

KUBANG PASU – Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd di Jalan Sintok di sini menyasarkan 200 ekor lembu terjual bagi memenuhi permintaan ibadah korban tahun ini.

Pengarah Urusan Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd, Zainol Abidin Mohamad berkata, sasaran itu berdasarkan trend permintaan pelanggan yang mahu lembu tempatan kerana diyakini sihat dan terjamin status halalnya.

Katanya, dalam keadaan pandemik Covid-19 dan prosedur operasi standard (SOP) Hari Raya Aidiladha

yang ketat, syarikat itu sudah menjual 100 ekor lembu untuk ibadah korban.

“Jadi pada tahun ini, melihat sambutan baik daripada pelanggan sejak awal lagi InsyaALLAH kita menyasarkan jumlah itu,” katanya ketika ditemui di ladang ternakan Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd di Jalan Sintok di sini.

Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd turut menawarkan perkhidmatan menyembelih dan melapah di ladang ternakan mereka.

Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd turut menawarkan perkhidmatan menyembelih dan melapah di ladang ternakan mereka.

Menurutnya, tempahan untuk ibadah korban sudah dibuka mulai 1 Mac lalu bagi memudahkan urusan penyediaan lembu korban.

“Pelanggan boleh menghubungi kami untuk membuat tempahan dengan kadar satu bahagian daging berharga RM750.

“Kami menerima bayaran deposit sebanyak RM200 dan kemudian pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran sehingga Hari Raya Aidiladha.

Zainol Abidin (kiri) memberi makan kepada lembu korban yang terdapat di ladang ternakannya.

Zainol Abidin (kiri) memberi makan kepada lembu korban yang terdapat di ladang ternakannya.

“Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan menyembelih dan melapah yang dikendalikan oleh petugas bertauliah dan berpengalaman,” katanya.

Zainol Abidin yang juga seorang pesara guru menambah, pelanggan juga tidak perlu bimbang dengan status halal dan kualiti haiwan ternakan mereka.

Beliau turut memaklumkan, syarikatnya sentiasa memastikan lembu dan ternakan lain sentiasa sihat, mendapat vaksinasi yang lengkap dan memakan makanan daripada sumber yang halal dan bersih sahaja.

Zainol Abidin (kiri) menjual daging tempatan sejuk beku di ladang ternakannya.

Zainol Abidin (kiri) menjual daging tempatan sejuk beku di ladang ternakannya.

“Sebagai umat Islam, faktor halal sentiasa menjadi keutamaan kita apatah lagi dalam melaksanakan ibadah korban kepada Allah SWT,” katanya yang turut mempunyai haiwan ternakan seperti kambing dan rusa.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini menambah, dalam usaha menangani kos makanan haiwan yang tinggi, pihaknya juga mengambil inisiatif dengan menanam rumput sendiri.

“Kami juga menggunakan pelepah sawit yang diproses sendiri untuk menggantikan dedak haiwan.

Zainol Abidin turut menawarkan daging tempatan sejuk beku yang boleh dibeli secara terus di ladang ternakannya.

Zainol Abidin turut menawarkan daging tempatan sejuk beku yang boleh dibeli secara terus di ladang ternakannya.

“Selain itu, batang jagung juga kami akan hancurkan sebelum digaul bersama gula merah. Jagung ini sangat baik kerana mengandungi protein yang tinggi dan ia menjadi kegemaran lembu di sini,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ladangnya kini dalam proses untuk menghantar bekalan daging tempatan sejuk beku ke Sarawak.

“Kami ada menerima tawaran terbabit, InsyaALLAH sekarang dalam perancangan untuk menyediakan bekalan dan mungkin akan menghantar dua kontena daging lembu ke sana pada setiap bulan,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: PJKM rekod jumlah jualan lebih RM29.38 juta
Next: Firefly buka kembali penerbangan Pulau Pinang-Kota Kinabalu

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.