Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit ditutup rendah susulan pengukuhan dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit ditutup rendah susulan pengukuhan dolar AS

Helmi Aziz February 11, 2022 2 minutes read
1494150.jpg

KUALA LUMPUR – Ringgit mengakhiri urus niaga pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh susulan pengumuman data indeks harga pengguna (IHP) di negara maju tersebut, kata peniaga.

Pada jam 6 petang Jumaat, ringgit berada di paras 4.1885/1910 berbanding dolar AS daripada 4.1825/1840 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit terus bergerak dalam jajaran kecil berbanding dolar AS hari ini dengan paras tertinggi pada RM4.1873 manakala rendah pada RM4.1898.

“Prestasi ini dicatatkan biarpun selepas pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2021 yang meningkat 3.6 peratus berbanding unjuran ramai pada 3.1 peratus,” katanya kepada Bernama.

IHP AS mencecah 7.5 peratus tahun ke tahun pada Januari berbanding unjuran pada 7.3 peratus yang sebaliknya dilihat hanya mengukuhkan lagi kewajaran bagi kenaikan 50 mata asas kadar dana Persekutuan AS menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada 15-16 Mac ini.

Sementara itu, Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, data IHP AS itu menunjukkan kadar inflasi tertinggi bagi tempoh 31 tahun manakala data tuntutan pengangguran juga lebih rendah iaitu 223,000 berbanding unjuran sebanyak 230,000.

“Perkembangan ini lazimnya menyokong serta melonjakkan dolar AS kerana ini dapat memastikan bahawa pihak Rizab Persekutuan AS akan bertindak menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Mac nanti,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun pada 3.6089/6111 daripada 3.6118/6134 semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1148/1169 daripada 3.1173/1187 sebelum ini.

Ringgit juga naik berbanding euro kepada 4.7686/7715 daripada 4.7865/7882 semalam namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6783/6817 daripada 5.6761/6781. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BNM akan ambil tindakan jika pemprosesan CIMB langgar peraturan
Next: Inflasi kekal menyederhana pada 2020: BNM

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.