Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • BR25, inspirasi Bank Rakyat hadapi cabaran transformasi
  • ACTIVITY

BR25, inspirasi Bank Rakyat hadapi cabaran transformasi

Helmi Aziz January 7, 2020 2 minutes read
583763.jpg

BANK Rakyat mengukuhkan jenama sebagai Bank Lestari dengan membawakan visi baharu ‘Untuk Komuniti, Negara dan Planet’.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, inisiatif itu antara matlamat di bawah pelan lima tahun hala tuju Bank Rakyat 2025 (BR25) untuk kekal relevan dan mencapai kemajuan disasarkan.

Menurutnya, tumpuan perjalanan baharu itu sebagai mempersiapkan Bank Rakyat menghadapi cabaran transformasi dalam landskap kewangan Islam selari dengan sistem kewangan global.

“Bank Rakyat akan membawa ‘ekosistem global’ yang unik dibantu sumber kewangan kukuh dengan misi jelas sebagai tunjang memacu pengiktirafan global.

“Bagi tujuan itu Bank Rakyat bersama pakar perunding telah mengadakan lebih 300 sesi perbincangan untuk membangunkan satu program pelaksanaan yang diterjemah kepada enam blueprints,” katanya selepas pelancaran Perjalanan Baharu Bank Rakyat Dalam Memacu Kelestarian di lobi Menara Bank Rakyat semalam.

Mohd Redzuan (dua dari kanan) dan Noripah (dua dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian pelancaran Perjalanan Baharu Bank Rakyat Dalam Memacu Kelestarian di lobi Menara Bank Rakyat semalam. - Foto Bank Rakyat

Mohd Redzuan (dua dari kanan) dan Noripah (dua dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian pelancaran Perjalanan Baharu Bank Rakyat Dalam Memacu Kelestarian di lobi Menara Bank Rakyat semalam. – Foto Bank Rakyat

Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Noripah berkata, enam blueprints yang menjadi kunci BR25 adalah digilitalisasi (digitalization), kepuasan pelanggan (great customer experience), modal insan (human capital), SME Value Creation Centre, kelestarian dan kepimpinan syariah (syariah leadership).

“Pada masa hadapan, bank yang memberikan kemudahan kepada generasi milenium dan generasi X akan terus kekal relevan. Kumpulan ini akan melakukan transaksi perbankan di mana-mana lokasi sahaja tapi bukan di bank.

“Sebagai menghadapi era digitalisasi, Bank Rakyat akan memanfaatkan teknologi bagi memahami keperluan generasi muda. Ia diperhebat dengan kerjasama syarikat teknologi tahun ini,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Saka ciptaan sendiri jejas keharmonian rumah tangga
Next: Pentingnya sarapan bijian penuh untuk anak anda

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.