1,826 lokasi serentak jayakan Malaysia #QuranHour

Para peserta hadir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi menyertai Malaysia #QuranHour kali kelapan pada Selasa. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Para peserta hadir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi menyertai Malaysia #QuranHour kali kelapan pada Selasa. – Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

PUTRAJAYA – Malaysia #QuranHour kali kelapan yang berlangsung di lokasi perdananya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Selasa mengangkat surah Al-Sajdah sebagai formula tangani isu kesombongan melalui sujud, sedekah dan sabar dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kembali menjadi lokasi perdana Malaysia #QuranHour kali kelapan pada Selasa. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kembali menjadi lokasi perdana Malaysia #QuranHour kali kelapan pada Selasa. – Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini diadakan sempena Hari Kebangsaan 2022 diadakan serentak secara fizikal di seluruh negara bermula 12 hingga 1 tengah hari berlangsung dengan jayanya hari ini.

Sebanyak 1,826 lokasi didaftarkan untuk penganjuran Malaysia #QuranHour di dalam negara dan satu lokasi di luar negara iaitu Brunei.

AKAN MENYUSUL

Sumber