Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Tomok dan Siti Nordiana Menggamit Memori Dalam Konsert Memori Mungkin Berulang
  • CONCERT
  • Music

Tomok dan Siti Nordiana Menggamit Memori Dalam Konsert Memori Mungkin Berulang

Helmi Aziz November 14, 2024 (Last updated: November 14, 2024) 3 minutes read
3936229A-1FD9-47B1-9A48-3B44D1DDBD42

Konsert Memori Mungkin Berulang bakal menyaksikan dua bintang besar industri muzik Malaysia, Tomok dan Siti Nordiana, berkongsi pentas untuk menghiburkan peminat mereka dalam sebuah persembahan yang penuh nostalgia.

Konsert yang akan diadakan pada 1 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur ini akan membawa penonton menyelami lagu-lagu popular yang telah mengiringi perjalanan kerjaya mereka selama lebih dua dekad dalam industri muzik tanah air. Bertempat di Zepp Kuala Lumpur, konsert ini akan bermula pada jam 8 malam dan dijangka menjadi malam yang penuh dengan kenangan indah bagi peminat setia mereka.

Tomok, yang juga merupakan penganjur konsert melalui syarikat rakamannya, POPSICLE RECORDS, meluahkan rasa teruja kerana ini adalah pertama kali beliau berkolaborasi dengan Siti Nordiana selepas sekian lama, meskipun mereka berdua sudah lama bergelar penyanyi. Mereka memulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah di era 90-an dan kini, setelah lebih dua dekad dalam industri, mereka akhirnya bergabung untuk mengadakan konsert bersama. Tomok juga menyatakan bahawa konsert ini akan dipenuhi dengan kejutan, terutamanya ketika mereka menyanyikan lagu-lagu hits mereka yang sangat dikenali oleh peminat.

“Sepanjang perjalanan karier kami, ini adalah kali pertama saya dan Nana berkolaborasi di atas pentas. Kami menerima banyak permintaan dari peminat dan penyokong yang ingin melihat kami berdua bersama dalam satu konsert. Pastinya, kami akan mempersembahkan lagu-lagu hits yang telah membawa kami ke puncak kejayaan seperti Memori Berkasih, Resipi Berkasih, dan Gurauan Berkasih. Konsert ini juga akan mengimbau kenangan indah dengan lagu duet Nana bersama Allahyarham Achik yang akan saya nyanyikan sebagai penghormatan,” kata Tomok yang juga merupakan penaung kepada POPSICLE RECORDS.

Siti Nordiana pula, yang menerima pelawaan Tomok untuk menjadi rakan konsert, turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dalam acara bersejarah ini. Baginya, ini adalah satu peluang yang tidak wajar disia-siakan kerana konsert ini adalah hadiah terbaik buat peminat yang telah menyokong karier mereka sejak awal 2000-an lagi.

“Saya amat teruja untuk mengadakan konsert bersama Tomok. Lagu duet kami, Memori Mungkin Berulang, amat sinonim dengan saya dan Tomok. Sebelumnya, saya dikenali dengan Achik melalui lagu-lagu duet yang begitu melekat di hati peminat. Kini, saya tidak menyangka lagu duet dengan Tomok juga mendapat sambutan hangat, sekali gus mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik. Terutama kepada generasi Z yang baru mengenali kami, lagu ini ternyata diterima dengan sangat baik,” kata Siti Nordiana, yang lebih mesra disapa Nana.

Tomok dan Siti Nordiana

Tiket untuk Konsert Memori Mungkin Berulang telah mula dijual sejak 28 Oktober 2024, dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM98, RM198, RM298, RM398, RM498, dan VIP BOX pada harga RM5000. Untuk memudahkan pembelian tiket, POPSICLE RECORDS telah melantik Ticket2u sebagai agensi rasmi penjualan tiket secara dalam talian. Sehingga kini, hampir 50% tiket telah terjual dan penganjur menjangkakan tiket akan habis terjual dalam masa sebulan lagi.

Dengan penganjuran konsert ini di bawah syarikat Tomok sendiri, POPSICLE RECORDS, beliau juga mengalu-alukan sebarang kolaborasi dan tajaan daripada syarikat-syarikat yang ingin menyertai usaha untuk menjayakan konsert yang bakal berlangsung ini. Konsert ini bukan sahaja memberi peluang kepada peminat untuk mengubat kerinduan mereka dengan lagu-lagu hit daripada Tomok dan Siti Nordiana, tetapi juga sebagai platform untuk mempromosikan kerjasama antara industri muzik dan pihak korporat demi memeriahkan industri hiburan tanah air.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah JPPM 2024: Meningkatkan Semangat Perpaduan Melalui Sukan
Next: Sambutan Luar Biasa: 70% Tiket Akon The Superfan Tour Telah Terjual!

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.