Ayamas perkenal Sate Ayam Jumbo
AYAMAS, jenama yang terkenal dengan produk berasaskan ayam sejuk beku, telah memperkenalkan produk baharunya, Sate Ayam Jumbo. Produk itu diperbuat daripada potongan daging ayam premium Ayamas yang diperap dengan campuran serai, halia, bawang, lengkuas, herba dan rempah terpilih, kemudiannya dicucuk pada lidi dan dibakar secara teliti menggunakan api arang kayu bagi menyerlahkan aroma sate sebenar…