Amir Hamzah – Foto Fail Bernama
SIME Darby Plantation Bhd (SDP) telah mengumumkan peletakan jawatan pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berikutan kedudukan semasa beliau sebagai Menteri Kewangan II.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik beliau sebagai Menteri Kewangan II, seiring dengan rombakan Kabinet pada Selasa lepas.
Amir Hamzah dilantik ahli lembaga SDP pada 17 Februari 2023.
Sebelum ini, beliau adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam sektor korporat.