Perak Media Trip Homestay Maju Manik
Perak Media Trip Homestay Maju Manik
Ketika di Homestay Maju Manik, kami dihidangkan labu rebus, pecal dan ubi ketuk (ubi getuk). Kami juga menikmati minuman kopi ‘Rindu’ pastinya membuatkan kita rindu untuk datang kembali ke Homestay Maju Manik. Pukulan rebana Perak megakhiri kunjungan kami di Maju Manik. Antara aktiviti koperasi Maju Manik seperti perusahaan kuih bahulu ( bahulu cermai, bahulu pecah lapan dan bingka), penternakan burung puyuh dan bersawah padi. Jika kita menginap di homestay tersebut, kita boleh melihat persembahan kesenian ‘pukung’. Apa itu pukung? Nantikan artikel seterusnya…..
Perak Media Trip Menara Condong Teluk Intan
Menara Condong Teluk Intan merupakan salah satu daya tarikan pelancongan di Teluk Intan yang masih bertahan hingga kini. Terdapat pasar malam berkonsepkan uptown berdekatan Menara Condong yang boleh pelawat kunjungi. Manakala Pasar ‘Gerbang malam’ dibuka hingga jam 2 pagi.
Batu Tenggek (Sitting Boulder)
Batu Tenggek terletak di persimpangan lampu isyarat dan berhadapan bangunan SKOMK. Batu Tenggek ini diletak sebagai Tugu Peringatan askar perajurit yang telah terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Cuba lihat kedudukan batu ini yang kelihatan seperti bertenggek. Menarik bukan.
Pasir Salak Resort
Terletak berhampiran sungai Pasir Salak dan tempat-tempat menarik sekitarnya menjadikan Pasir Salak Resort tempat kunjungan pengunjung. Bagi penggemar yang ingin melihat matahari terbenam, anda boleh berkunjung kesini. Antara tempat menarik di Pasir Salak adalah Kompleks Sejarah Pasir Salak, makam hero sejarah Pasir Salak iaitu Sipuntum, Muzium Pasir Salak, Kubur James W.W. Birch, Monumen Rela Rentaka, masjid Pasir Salak, dan Dato ‘Maharaja Lela Fortress.
Perak Media Trip Lost World of Tambun theme park
Taman Tema Lost World Of Tambun terletak di Persiaran Sunway ini dibuka dari pagi hingga malam. Jika anda terlalu sibuk pada waktu siang, kunjungan pada waktu malam sangatlah berbaloi kerana air hangat di Lost World Hot Springs & Spa mampu melegakan keletihan dan tekanan anda.
Gerai makanan seperti kacang kuda, yong tau fu, Ipoh White Coffee, bahulu dan buah potong berkonsepkan gerai Ipoh Street dibuka dari siang hingga malam.
Sarapan pagi di Lost World of Tambun Garden Terrace menyajikan pelbagai juadah sarapan pagi seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Bihun Goreng, Pasta Goreng, Roti bakar dan lain-lain.
Sesi pertunjukkan memberi makanan kepada harimau sekali dalam sehari di Lost World of Tambun Petting Zoo dinanti-nantikan oleh pengunjung yang hadir. Pelbagai jenis burung, rakun, arnab, kura-kura, kambing, rusa, burung kakak tua, tikus belanda dan landak turut terdapat di zoo.
Taman Tema Lost World Of Tambun mempunyai banyak daya tarikan dan permainan antaranya gelongsor air Cliff Racer, Kid’s Exploratory, Adventure River, Tube Raiders, meriam air, air pancut, baldi air gergasi, Dragon Flights, kuda pusing Perak Parade, Giddy Galleon, kereta api merah lokomotif antik Advanture Express, tin Valley, Team Building Park dan Adventure Roller Coaster .
Kafe Kepura merupakan Gua Batu Kapur yang dijadikan tempat beristirehat oleh pengunjung yang hadir.
Perak Media Trip The Banjaran Hot Springs Retreat
Banjaran Hot Spring hanya 7 minit perjalanan dengan menaiki kereta dari Lost World of Tambun. Ketibaan kami disambut mesra oleh Ms. Adelene dan Dr. Kumar.
Amazing, marvelous, calming and very relaxing! That’s my feeling the moment I arrived there. Staf very polite and will greet and smile when u meet them. – Respons from jounalist
Itulah ungkapan yang boleh saya gambarkan tentang konsep spa, kolam air panas, fish spa, urutan aromaterapi, gua meditasi, gua wap termal, laluan reflexology, mandian ais, terapi antioksidan, kolam air panas geotemal dan pelbagai lagi.
The Banjaran Hot Springs Retreat ini terdapat dua jenis villa iaitu Water villa dan Garden Villa. Setiap villa dilengkapi swimming pool dan jakuzi. Disamping itu, tempat ini sangat sesuai bagi pasangan berkahwin untuk berbulan madu dan untuk rawatan holistik. Harga yang sangat berpatutan, servis tiptop dengan pengalaman yang menyeronokkan menjadikan percutian anda sangat indah.
p/s: Kebanyakan makanan di Pomelo’s Spa Cuisine menggunakan konsep masakan organik, eco-friendly dan konsep sihat.
Gaharu Tea Valley Gopeng
Pokok Gaharu dikenali sebagai Pokok Karas. Harga Kayu Gaharu ini sangat mahal dari emas dan dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan, namun risiko perniagaan dan cara penanaman pokok gaharu yang betul perlu dipelajari. Kayu Gaharu digunakan untuk membuat minyak wangi, kosmetik (gred A) dan colok (gred rendah).
Untuk pengetahuan anda, Pokok Gaharu akan disuntik untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Oleh itu, Pokok Gaharu yang sihat akan menghasilkan lebih bermutu bahan wangian dan kosmetik.
Mari berpantun,
‘Sudah gaharu, cendana pula
Sudah tahu, bertanya pula’.
Jejak warisan Pekan Ipoh
Jejak warisan Pekan Ipoh
Bangunan lama ini telah mengalami proses pemuliharaan. Usaha dari pihak Majlis PBT bersama NGO bagi membaik pulih serta mengekal bangunan warisan dengan mengecat dinding dan membaiki lantai.
Bangunan yang dimaksudkan seperti :-
- Railway Station
- Majestic Hotel
- Ipoh Tree
- Town Hall and Old Post Office
- Birch Memorial Tower
- Mikasa Photo Studio
- Chartered Bank
- Straits Trading Company
- Mercantile Bank
Kawasan sini sangat sesuai untuk dijadikan “shoot pre wedding” dan ‘post wedding outdoor” bagi bakal pengantin.