FATTAH AMIN PADAMU

Berita gembira untuk para peminat Fattah Amin. Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Fattah Amin mengeluarkan lagu baru yang berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian.

Lagu ini mengisahkan tentang rasa seorang hamba pada pencipta-Nya yang sentiasa percaya pada-Nya. Walaupun sehebat mana kejayaan yang kita kecapi atau sedalam mana kegagalan yang kita alami, kita masih tetap rasaa cinta dan syukur di bawah peliharaan dan lindungan-Nya.

Lagu Padamu merupakan hasil ciptaan dan komposer Ikhwan Fatana dan Wan Salleh. Lirik asal Padamu terpaksa dirombak bagi memenuhi permintaan Fattah Amin. Fattah Amin ingin memastikan mesej yang hendak disampaikan kepada peminat sampai menerusi lagu Padamu ini.

Mengakui berdepan cabaran untuk menghasilkan muzik video (MV) lagu ini berikutan tarikhnya bertembung ketika umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut Lebaran.

Lagu ini dilancarkan di semua platform digital pada April yang lalu. MV Padamu boleh ditonton di saluran Youtube rasmi penyanyi itu.