‘WILD CARD’ KINI MENJADI KAY & IKA TERSINGKIR, HARIZ & WANIE KECUNDANG DI EPISOD 5!

‘WILD CARD’ KINI MENJADI KAY & IKA TERSINGKIR, HARIZ & WANIE KECUNDANG DI EPISOD 5!

Episod 5 Lagu Cinta Kita Musim Ketiga tular nombor satu di sosial media dengan #lagucintakita3 ketika siaran langsungnya pada 28 November 2021! Usai persembahan daripada semua peserta, keputusan diumumkan bahawa pasangan duet Kay & Ika (Nur Khaidir dan Nursyafiqah) telah disingkirkan manakala pasangan Hariz & Wanie (Fadli Hariz dan Norwanie) juga kecundang dan turut berada di tangga paling corot di episod yang lepas. 

Masih berbaki lagi tiga episod, Lagu Cinta Kita Musim Ketiga menyaksikan empat pasangan duet yang berjaya mara ke pusingan seterusnya iaitu Pasya & Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza), Syafeek & Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli), Malhamka & Yuveena (Ikhmal Hamka dan Yuveena Gunainthran) dan Hariz & Wanie (Fadli Hariz dan Norwanie). 

Episod 6 siaran 5 Disember 2021 akan menampilkan tema cinta 90-an untuk persembahan para peserta. Apakah persiapan mereka untuk menambat hati juri dan penonton? Sama-sama kami nantikan persembahan dan pilihan lagu daripada Pasya & Puteri (Kembali Merindu – Slam), Malhamka & Yuveena (Tegar – Datuk Seri Rossa), Hariz & Wanie (Yang Tersayang – Iwan & Amelina) dan Syafeek & Zazo (Kau Kekasihku – Datuk Seri Siti Nurhaliza). Episod tersebut juga akan dimeriahkan dengan Sweet Qismina sebagai juri jemputan, Amelina dan Noki sebagai artis jemputan serta Fattah Amin sebagai panel cinta. 

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga memperkenalkan ‘PASANGAN PILIHAN ( UNDIAN WILD CARD )’ yang akan ditentukan oleh jumlah undian tertinggi di laman sesawang www.xtra.com.my/lck3 pada minggu lepas. Nantikan pengumuman siapakah pasangan berduet yang berjaya merebut ‘wild card’ dan kembali beraksi di pentas Lagu Cinta Kita 3 Musim Ketiga.

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit. Program ini diterbitkan bersama dengan kerjasama Motion Content dan TV3 dengan menampilkan CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA sebagai penaja, Hot FM sebagai rakan radio rasmi serta Oh Bulan & Xtra sebagai rakan digital. 

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam ini boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.