SEJARAH CINTA KU USOP

SEJARAH CINTA KU USOP

Kuala Lumpur, 1 Disember 2021 – Usop bukanlah nama baharu di dalam industri muzik tanah air. Beliau sebelum ini pernah memasuki pertandingan Mentor Milenia pada tahun 2017 di bawah pimpinan Hazama telah melonjakkan nama beliau untuk melangkah jauh. Satu demi satu lagunya dilancarkan seperti ‘Aku Yang Bersalah’, ‘Selamanya’ mendapat tumpuan orang ramai dan baru-baru ini lagunya ‘Lenyap’ berjaya mara ke pusingan separuh akhir muzik muzik.

Untuk tahun 2021 ini, Usop melancarkan single terbarunya berjudul ‘Sejarah Cinta Ku’. Lagu ini dikaryakan sepenuhnya oleh Haqiem Rusli dan liriknya pula adalah hasil kerjasama antara Haqiem Rusli dan Dato A.Aida. Lagu ini mengisahkan tentang kekecewaan seseorang itu terhadap pasangannya yang masih belum dapat melepaskan hatinya terhadap pasangannya yang sebelum ini. Walaupun sekian lama mencuba namun beliau masih tetap mengharap.

Lagu Sejarah Cinta Ku merupakan runut bunyi kepada drama Akasia : Kisah Cinta Kita  yang disiarkan bermula 26 November, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam. Lagu Sejarah Cinta Ku sesuai dengan jalan penceritaan drama 28 episod ini kerana ia mengisahkan tentang realiti kehidupan tentang pasangan muda.

Lagu Sejarah Cinta Ku ini sudah boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran dan muzik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents.