Vivo lancar V23e 5G dengan fungsi kamera terbaik

Vivo lancar V23e 5G dengan fungsi kamera terbaik

VIVO secara rasminya melancarkan telefon pintar V23e 5G untuk menjadikan fotografi swafoto terbaik yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, V23e 5G didatangkan dengan kamera hadapan yang hebat dengan teknologi AI yang dipertingkatkan sekali gus menawarkan gabungan fungsi dan gaya sempurna dengan pengalaman swafoto ke tahap yang lebih tinggi.

Menurutnya, ia selari dengan azam Vivo untuk menawarkan telefon pintar mampu milik dengan pengalaman mudah alih terbaik buat pengguna.

“V23e 5G direka untuk pengguna yang ingin mengekspresikan diri mereka dan merakam diri mereka secara semula jadi melalui kamera hadapan yang terkemuka dalam industri dan ciri-ciri penuh inovasi – Inilah Saya.

“Ia juga bertujuan menjadikan peranti 5G yang kaya dengan ciri lebih mudah dimiliki oleh pengguna,” katanya sempena Majlis Pelancaran vivo V23e 5G di sini pada Khamis.

Turut hadir, Pelakon terkenal, Mira Filzah selaku duta untuk telefon pintar terbaru di bawah siri V.

Vivo V23e 5G memenuhi keperluan swafoto yang berbeza tetapi memberikan pengalaman fotografi yang hebat melalui gabungan sistem kamera hadapan termaju vivo dengan teknologi terkini seperti autofokus dan ciri potret malam hasil yang menakjubkan.

Dari segi kejelasan, V23e 5G dilengkapi dengan kamera hadapan (AF 44MP) yang membolehkan pengguna merakam swafoto yang sangat jelas dengan fokus tajam, tidak kira berapa jarak subjek, manakala V23e dilengkapi kamera hadapan (AF 50MP) termaju sekali gus menghasilkan swafoto yang kaya warna dalam kejelasan yang tinggi.

V23e 5G juga dilengkapi dengan tiga set kamera belakang (50MP + 8MP + 2MP) manakala vivo V23e hadir dengan set kamera (64MP + 8MP + 2MP). Kamera utama 50MP pada vivo V23e 5G dan kamera utama 64MP pada vivo V23e bakal memberikan pengguna pengalaman fotografi terbaik.

Memenuhi pelbagai keperluan fotografi, siri ini juga didatangkan dengan fungsi kamera sudut ultra lebar 8MP 120-darjah dan kamera makro 2MP bersama dwi-kamera bokeh.

Lebih menarik, vivo V23e 5G juga mempunyai fungsi video Dwi-Paparan membolehkan rakaman video serentak pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang.

Siri ini datang dalam dua warna unik iaitu Sunshine Coast, Moonlight Shadow dengan hanya berukuran 7.36 milimeter (Moonlight Shadow) dan 7.41mm (Sunshine Coast), menjadikannya padat namun ringan dengan berat hanya 172 gram.

Kedua-dua model telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1,599 dan RM1,399. Mereka yang berminat untuk membeli peranti ini kini boleh membuat pra-pesanan peranti melalui pelbagai platform sehingga 17 Disember 2021, dengan hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM559 untuk V23e 5G dan RM459 untuk V23e berdasarkan terma dan syarat ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut tentang vivo V23e 5G terbaharu, sila layari www.vivo.com/my atau Halaman Facebook rasmi vivo Malaysia.

Sumber