Tur SAMA SAMA: 5 Pemuzik Hebat Bergabung di Idea Live Arena, KL 5 Disember Ini

Saat menutup Tur SAMA SAMA di Bogor pada 24 Mei lalu, suasana menjadi begitu hangat dengan sambutan luar biasa daripada para penonton. Dalam momen itu, Tulus mengumumkan satu khabar gembira bahawa perjalanan Tur SAMA SAMA akan berlanjut ke Malaysia. Kuala Lumpur menjadi destinasi perdana di luar Indonesia dan akan menjadi kota kelima dalam siri tur tersebut. Idea Live Arena dipilih sebagai lokasi istimewa bagi pertemuan lima pemuzik berpengaruh ini pada 5 Disember 2025, bermula pukul 7.30 malam.

Tur SAMA SAMA mempertemukan lima nama besar dari dunia muzik Nusantara iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, dan Idgitaf. Persembahan ini menjanjikan pengalaman unik kerana mereka bukan sahaja akan membawakan lagu masing-masing, malah turut berkolaborasi dalam format yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini. Dari solo ke duet, trio hingga kuintet, penonton bakal menikmati sebuah pertunjukan dinamik penuh kejutan.

Selaku penganjur bersama, PT Expo Indonesia Jaya (ExpoIndo), Tiga Dua Satu dan Thrive menyatakan rasa bangga dapat merealisasikan janji Tur SAMA SAMA untuk ke Malaysia. Udzir Harris dari Thrive menekankan bahawa pengumuman ini adalah sebuah mimpi besar yang akhirnya dapat direalisasikan setelah melihat sambutan hangat di Indonesia. Bram Tulong dari ExpoIndo pula menyebut kolaborasi ini lahir daripada kesedaran terhadap apresiasi besar para peminat. Manakala Tiur Tobing dari Tiga Dua Satu menegaskan bahawa Tur SAMA SAMA di Kuala Lumpur akan menjadi salah satu momen paling epik tahun ini dan mengingatkan peminat agar tidak terlepas peluang memiliki tiket.

Tiket pra-penjualan rasmi dibuka pada 29 September 2025 dengan harga bermula RM228. Sebanyak 11 kategori ditawarkan termasuk Bronze, Crystal, Silver, Diamond, Gold, Platinum, Ruby, Sapphire, Emerald, Emerald Extra dan Group Suite. Tiket boleh dibeli melalui BBO Events dan laman rasmi samasamatur.com.

Sal Priadi turut menyuarakan rasa teruja dengan kehadiran mereka di Malaysia. Menurutnya, persembahan kali ini bakal berbeza kerana format kolaborasi yang hanya dipersembahkan dalam Tur SAMA SAMA. Konsert ini dijangka menjadi saksi istimewa di mana para pemuzik bukan sahaja menampilkan karya sendiri tetapi juga saling bertukar lagu serta mempersembahkan susunan baharu yang digarap khusus untuk tur ini.

Selepas kejayaan luar biasa di empat kota Indonesia iaitu Bandung, Surabaya, Yogyakarta dan Bogor, kini giliran peminat di Malaysia untuk menikmati sebuah pertunjukan kolaborasi muzik paling ditunggu-tunggu tahun ini. Untuk informasi terkini mengenai Tur SAMA SAMA, peminat boleh mengikuti perkembangan di media sosial rasmi @thriveevents_my.

Jangan terlepas menyertai Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025 dan pastikan tiket anda sudah dimiliki.