Tingkatkan Keselamatan Anda, Kepentingan Kit Cemas Mudah Akses Menurut MR D.I.Y.

Kecemasan boleh berlaku tanpa diduga, baik di rumah, di tempat kerja, mahupun semasa dalam perjalanan. Oleh itu, memiliki kit kecemasan yang mudah dicapai dan lengkap dengan segala keperluan asas adalah langkah yang bijak untuk memastikan kita bersedia menghadapi sebarang situasi kritikal.

Untuk memenuhi keperluan ini, MR D.I.Y., peruncit barangan kelengkapan rumah terkemuka di Malaysia, telah melancarkan MR D.I.Y SOS Kit, sebuah kit kecemasan yang direka khusus untuk menyokong individu dalam menghadapi pelbagai keadaan kecemasan. Kit ini menggabungkan elemen perubatan asas dan alat kecemasan yang diperlukan di kenderaan.

Antara kandungan utama dalam MR D.I.Y SOS Kit adalah peralatan untuk merawat luka, seperti pembalut dan antiseptik, bersama dengan ubat-ubatan penting. Kit ini juga dilengkapi dengan alat kecemasan yang amat berguna untuk pemandu, seperti pemecah kaca, pemotong tali pinggang keledar, serta alat untuk menangani masalah tayar seperti pengembung tayar, pam kaki, penampal tayar, dan kabel jumper. Semua ini digabungkan dalam satu kit yang mudah dibawa dan digunakan.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, “Dalam komitmen kami untuk terus memberikan sokongan kepada masyarakat, kami telah memperkenalkan inisiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ pada November 2024. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat membantu masyarakat Malaysia dengan penyelesaian yang praktikal semasa menghadapi kecemasan. ‘MR D.I.Y SOS Kit’ adalah salah satu usaha kami untuk memastikan setiap keluarga dan pemandu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, sama ada kecemasan kecil ataupun besar.”

Kit ini kini boleh didapati di semua cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara dan juga di beberapa tempat letak kereta di pusat membeli-belah terpilih di Lembah Klang, memberi kemudahan kepada pelanggan untuk memperoleh kit kecemasan yang diperlukan. Dengan harga yang berpatutan dan kemudahan aksesibiliti ini, MR D.I.Y. berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk sentiasa bersedia dan menjaga keselamatan diri serta orang tersayang.

“Marilah kita bersama-sama menjadikan pengalaman membeli-belah lebih selamat dan terjamin untuk semua rakyat Malaysia,” tambah Goh.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y SOS Kit, inisiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’, dan produk lain, orang ramai boleh melayari laman web rasmi MR D.I.Y. di mrdiy.com, platform e-dagang mereka di mrdiy.com.my, serta laman sosial mereka di Facebook dan Instagram.