TH Plantations Bhd melantik Muzmi Mohamed sebagai ketua pegawai eksekutif yang baharu, berkuat kuasa 11 Februari.
Sebelum pelantikan itu, Muzmi, 53, bertugas sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif di Malaysian Kuwaiti Investment Co Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Kerajaan Malaysia dan Kuwait.
Muzmi menggantikan Datuk Seri Zainal Azwar Zainal Aminuddin, yang meletak jawatan dari TH Plantations pada 20 Ogos 2018. – Bernama