Suasana di dalam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya ketika program Malaysia #QuranHour pada Rabu. – FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH PUTRAJAYA – Penganjuran Malaysia #QuranHour (MQH) bukan sahaja memberi fokus kepada bacaan al-Quran semata-mata tetapi mesej yang disampaikan jelas mahu mengalakkan penyatuan dalam kalangan generasi muda. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, selepas 10 tahun penganjurannya, Malaysia #QuranHour dilihat semakin mendapat sambutan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. “‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr itu selaras dengan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membangunkan Malaysia Madani,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas siaran langsung Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Rabu. Jelasnya, program itu juga memberi peluang kepada ramai pihak menghayati dengan mengambil iktibar serta mendalami dan mempraktikkan isi al-Quran dalam kehidupan. “#QuranHour ini adalah insiatif yang baik untuk galakkan masyarakat mendekati al-Quran sama juga inisiatif dibuat kerajaan melalui Jakim dalam majlis tilawah dan hafazan al-Quran. “Kita cuba pelbagai kaedah platform dan bagi menarik minat masyarakat terhadap al-Quran. Tambahnya, ia juga membuktikan al-Quran adalah panduan hidup untuk difahami sekali gus melahirkan rakyat yang benar-benar menerapkan kehidupan beragama dengan lebih baik. ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour Sumber Post navigation 20,000 peserta sertai Malaysia #QuranHour SEMPENA MV DAMELO KUMPULAN DOLLA ‘VIRAL’ MENARI DI BUKIT BINTANG
PUTRAJAYA – Penganjuran Malaysia #QuranHour (MQH) bukan sahaja memberi fokus kepada bacaan al-Quran semata-mata tetapi mesej yang disampaikan jelas mahu mengalakkan penyatuan dalam kalangan generasi muda. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, selepas 10 tahun penganjurannya, Malaysia #QuranHour dilihat semakin mendapat sambutan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. “‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr itu selaras dengan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membangunkan Malaysia Madani,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas siaran langsung Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Rabu. Jelasnya, program itu juga memberi peluang kepada ramai pihak menghayati dengan mengambil iktibar serta mendalami dan mempraktikkan isi al-Quran dalam kehidupan. “#QuranHour ini adalah insiatif yang baik untuk galakkan masyarakat mendekati al-Quran sama juga inisiatif dibuat kerajaan melalui Jakim dalam majlis tilawah dan hafazan al-Quran. “Kita cuba pelbagai kaedah platform dan bagi menarik minat masyarakat terhadap al-Quran. Tambahnya, ia juga membuktikan al-Quran adalah panduan hidup untuk difahami sekali gus melahirkan rakyat yang benar-benar menerapkan kehidupan beragama dengan lebih baik. ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour