Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Tegur pemimpin, satu jihad besar
  • ATTRACTION

Tegur pemimpin, satu jihad besar

Helmi Aziz February 3, 2019 3 minutes read
146282.jpg

SHAH ALAM – Sejak akhir-akhir ini, situasi mempersendakan pemimpin, menegur secara kasar dan terbuka dalam media sosial dilihat kerap berlaku.

Malah tidak kurang juga ada sesetengah individu memaki hamun pemimpin kononnya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat prihatin termasuklah ‘amar makruf nahi mungkar’ (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (Mara), Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat berkata, beliau secara peribadi berasa sedih melihat situasi itu.

Katanya, menegur pemimpin merupakan satu jihad besar dan sangat dituntut keberaniannya dalam Islam.

“Namun akhir-akhir ini, saya melihat lebih banyak situasi yang tersebar bukannya menegur kesilapan secara ilmiah dan berasas, malah lebih kepada mengata, mengumpat dan menfitnah secara negatif,” katanya.

Mohd Nor berkata, menurut Imam Syafie, sekiranya teguran dibuat secara terbuka di khalayak ramai, ia bukannya nasihat, malah dikira melakukan penghinaan.

“Lebih menyedihkan, praktis sebegini bukan sahaja dilakukan golongan yang kita boleh kategorikan sebagai kurang baik, tetapi membabitkan juga golongan ilmuan, ahli akademik, guru dan pendakwah yang sepatutnya menyebarkan kebaikan serta mendidik masyarakat berilmu.

“Hari ini, jadi kebiasaan sesetengah kita menghukum pemimpin hanya berdasarkan viral (tular), sumber anonymous (tidak dikenali) ataupun sumber-sumber provokatif,” katanya kepada Sinar Islam.

Hormati pemimpin adalah perintah ALLAH

Secara asasnya, menghormati pemimpin adalah perintah daripada ALLAH SWT.

Mohd Nor berkata, sekiranya pemimpin zalim dan kezaliman itu jelas serta terbukti, maka aspek yang perlu ditegur hendaklah selari dengan hukum dan tujuannya mestilah menepati maqasid syariah.

“Asas penilaian kita terhadap sesuatu isu juga mestilah berasaskan ilmu, bukannya emosi. Ia juga mestilah bertujuan untuk keadilan umum, bukannya untuk peribadi.

“Satu sudut yang perlu dilihat juga adalah perkaitan kita dengan isu yang kita ingin tegue; apakah skop tugas kita ataupun kepakaran kita untuk didengari teguran kita ataupun bukan,” katanya.

Menurutnya, Rasulullah SAW berpesan agar tidak mencampuri sesuatu urusan yang bukan berkenaan dengan kita.

“Perasaan bahawa semua perkara adalah urusan kita sebenarnya adalah tanda-tanda penyakit hati yang takabbur dan ujub,” katanya.

Tegur secara beradab

Dalam menegur pemimpin, ia perlu dilakukan secara beradab dengan kaedah dakwah yang perlu disesuaikan agar lebih berkesan.

Mohd Nor berkata, dakwah tidak boleh berlaku dalam keadaan marah, malah ia perlu disampaikan dalam nada kasih sayang bertujuan menambahbaik atau memperbetulkan kesilapan.

“Bukannya untuk menyakitkan hati atau merendah-rendahkan orang lain. Islam tidak membenarkan kaedah yang salah walaupun matlamatnya baik,” katanya.

Beliau berpendapat, teguran secara kasar, menyindir dengan bahasa kesat atau maki hamun menjadi kurang berkesan, malah membawa lebih banyak masalah baru dan kekeliruan dalam masyarakat.

“Ia dibimbangi akan membawa budaya seperti mengata, menghina, mengecam, mengutuk atau kata-kata kesat menjadi perbualan biasa dalam masyarakat, suatu hari nanti,” katanya.

Menurutnya, seharusnya dalam masyarakat berilmu dan berfikiran maju, teguran terhadap pemimpin yang zalim perlu dibuat secara profesional dengan ilmu dan adab.

“Ia memungkinkan pemimpin lebih mudah menerima teguran serta memperbaiki kesilapan untuk mentadbir negara dan masyarakat secara lebih baik.

“Masyarakat yang bijak akan mampu menegur pemimpin secara efektif. Jika tidak berlaku perubahan, sekurang-kurangnya kita tidak terhanyut sama berbuat salah dek kerana kesalahan pemimpin,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Nor berkata, Islam sememangnya menjamin kebebasan bersuara untuk semua orang, namun hanya untuk perkara baik dan benar.

Menurutnya, Rasulullah SAW menegaskan, antara bukti kita beriman dengan ALLAH SWT dan hari akhirat, hendaklah hanya berkata yang baik-baik sahaja ataupun lebih baik berdiam diri.

“Kita bebas menyuarakan apa sahaja yang baik dan benar, dengan cara yang baik dan benar, juga untuk tujuan yang sama.

“Andai tidak benar atau kesannya tidak baik, maka berdiam diri itu juga pilihan kita dalam negara yang memberi kebebasan bersuara. Fikir-fikirkan sebelum bersuara, mudah-mudahan suara kita yang baik dan benar akan lebih dihormati dan mudah diterima orang lain,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Fenomena penghujung bulan dan tahun
Next: Petronas Dagangan akan terokai formulasi baharu RON97, diesel

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.