Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Technology
  • Tatakelola Berintegriti Tonggak Masa Depan A.I. Malaysia yang Selamat dan Lestari
  • Conference
  • Technology

Tatakelola Berintegriti Tonggak Masa Depan A.I. Malaysia yang Selamat dan Lestari

Helmi Aziz June 30, 2025 4 minutes read
Gambar 1

Prof Dr. Norkhalid Salimin ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Seminar Tatakelola Kebangsaan 2025 (STAKE’25) di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Dalam usaha menjamin kelangsungan dan keselamatan teknologi Kecerdasan Buatan (A.I.) di Malaysia, prinsip tatakelola berintegriti dan berpandukan nilai manusia menjadi asas yang tidak boleh dikompromi. Tatakelola yang sistematik dan berpaksikan prinsip kebertanggungjawaban diyakini mampu menjadi penentu hala tuju negara dalam mendepani cabaran era Revolusi Perindustrian 4.0.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abd Shukor Mahmood berkata, walaupun A.I. terbukti dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran awam dan sektor swasta, ia tetap memerlukan kerangka kawal selia yang ketat serta pemantauan berterusan bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Menurutnya, teknologi seharusnya membantu manusia, bukan mengambil alih nilai-nilai asas yang mendasari sebuah masyarakat bertamadun.

Beliau menegaskan bahawa semangat keterujaan dalam mengadaptasi teknologi tidak seharusnya melupakan asas etika dan kemanusiaan. A.I., ujar beliau, perlu ditadbir urus dengan jelas dan telus, berlandaskan prinsip keadilan dan ketelusan, agar seiring dengan pembangunan yang beretika dan berdaya tahan. Kenyataan tersebut disampaikan dalam ucapan perasmian beliau sempena Seminar Tatakelola Kebangsaan 2025 (STAKE’25) yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Seminar yang bertemakan “Kelestarian Tatakelola dalam Era Revolusi Kecerdasan Buatan (A.I.)” menghimpunkan seramai 177 peserta mewakili 66 agensi kerajaan dan swasta, termasuk Jabatan Perdana Menteri, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Bank Simpanan Nasional. Ia menjadi platform penting dalam membincangkan arah dan tanggungjawab bersama dalam membentuk landskap teknologi yang selamat dan saksama.

Datuk Abd Shukor Mahmood ketika berucap bagi merasmikan Seminar Tatakelola Kebangsaan 2025 (STAKE’25) di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Abd Shukor turut menggariskan tiga tonggak penting yang wajar dijadikan asas dalam sistem tadbir urus A.I. negara iaitu tadbir urus data, kawalan terhadap algoritma, dan penyelarasan antara nilai manusia dengan teknologi. Katanya, tanpa elemen tersebut, A.I. berisiko menjadi alat penyalahgunaan kuasa, sekaligus mengancam keselamatan data, hak privasi individu serta mencetuskan ketidakseimbangan dalam masyarakat.

Beliau turut merujuk kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 yang menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 daripada 180 negara dengan skor 50 mata, menunjukkan keperluan mendesak untuk melonjakkan kedudukan tersebut kepada 68 hingga 70 mata menjelang tahun 2033 seperti disasarkan oleh kerajaan. Dalam konteks ini, penggunaan A.I. dilihat berpotensi besar sebagai alat untuk memperkukuh integriti dan ketelusan, contohnya dengan mengesan pola anomali dalam data kewangan serta memberi amaran awal terhadap risiko penyalahgunaan kuasa.

Tambah beliau, teknologi harus kekal berlandaskan prinsip kemanusiaan sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI. Menurutnya, A.I. bukan hanya alat untuk mempercepat proses, tetapi harus menjadi pemangkin kepada nilai bersama dan kelestarian sosial. “Kita tidak boleh membiarkan teknologi mendahului prinsip yang kita pertahankan. Jika tidak ditangani dengan berhemah, kita akan menjadi hamba kepada ciptaan sendiri,” ujarnya penuh bermakna.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin turut menekankan bahawa penekanan terhadap tadbir urus bukanlah suatu yang baharu, sebaliknya ia telah menjadi sebahagian daripada amanat utama Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 12 Ogos 2024. Amanat tersebut menggariskan penjawat awam sebagai benteng utama negara dan perlunya integriti diangkat sebagai teras dalam semua urusan pentadbiran.

Seminar Tatakelola Kebangsaan 2025 (STAKE’25) yang bertemakan ‘Kelestarian Tatakelola dalam Era Revolusi Kecerdasan Buatan (A.I.) menghimpunkan kira-kira 177 peserta dari 66 agensi dari wakil swasta dan awam bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Menurut Prof Dr. Norkhalid, dalam era digital dan A.I. yang pantas berubah, sistem pendidikan dan pentadbiran turut berdepan cabaran baharu yang memerlukan pendekatan segar. UPSI katanya, sentiasa komited untuk menyokong matlamat kerajaan menerusi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 16) yang menyeru pembentukan institusi berkesan dan bertanggungjawab. Sepanjang tahun 2024 sahaja, UPSI telah melaksanakan lebih 30 program yang memfokuskan kepada pengukuhan tatakelola dan integriti, melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk agensi kerajaan, sektor swasta serta komuniti setempat.

Beliau menyimpulkan bahawa seminar ini menjadi medan terbaik untuk mengenal pasti risiko sebenar dan mendalam yang timbul daripada penggunaan A.I. dalam organisasi awam serta mencari pendekatan praktikal bagi memastikan sistem pengurusan tidak terjejas, malah terus diperkasa. Katanya, tadbir urus yang berintegriti bukan hanya membina keyakinan masyarakat, malah ia adalah landasan kukuh ke arah pembangunan negara yang mampan.

Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman; Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed; Penasihat Undang-Undang UPSI, Salwati Mohd Aris; Pengarah Bahagian Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja UPSI, Prof Dr. Haniza Hanim Mohd Zin; serta Ketua Unit Integriti UPSI, Ilmizan Ismail.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: This Is Noryn Aziz: Sebuah Malam, Sebuah Jiwa, Sebuah Suara
Next: Comment la conquête des vastes territoires a façonné nos systèmes de communication et de sécurité 11-2025

Related Stories

Customers flocked HONOR Experience Store at Sunway Pyramid to get the HONOR 600 Series
  • Consumer Electronics
  • Lifestyle
  • News
  • Technology

Massive Turnout at Experience Stores Marks Explosive National Debut for HONOR 600 Series

Allya Adriana May 5, 2026
HONOR Magic Stories Photography Workshop Tour
  • Gadget
  • News
  • Photography
  • Technology

HONOR Malaysia Launches Magic Stories Awards 2026 and Nationwide Photography Tour to Elevate Malaysian Tourism

Luqman Hakim May 5, 2026
Photo 2 (3)
  • Lifestyle
  • News
  • Retail
  • Technology
  • Tourism

Kuala Lumpur’s Retail Evolution: 118 Mall Prepares to Welcome Shoppers This August

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.