Takahashi dilantik Pengurus Besar Hino baharu

HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (Hino) telah mengumumkan pelantikan Hiroshi Takahashi sebagai Pengurus Besar baharu yang menggantikan Atsushi Uchiyam bermula 1 Oktober lepas.

Hino dalam satu kenyataan memaklumkan, Takahashi berpengalaman selama dua dekat dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan.

“Takahashi memulakan kerjayanya di Hino Motors LTD, Jepun pada tahun 2004. Selama 16 tahun berkhidmat di sana, beliau telah membuat sumbangan kepada perancangan selepas jualan dan Jabatan Perancangan Jualan kenderaan.

“Beliau juga menyokong Kyushu-Hino Motors, salah satu peniaga terbesar di Jepun, selama tiga tahun. Takahashi bertanggungjawab untuk kecekapan operasi dan mengoptimumkan penggunaan kapasiti bengkel, ketika dia menerajui pasukan perancangan perkhidmatan selepas jualan.

Sumber