Bolehkah solat sebelum azan berkumandang?
SOLAT pada awal waktu memang digalakkan dalam Islam. Namun, janganlah terlalu tergopoh-gapah sehinggakan azan belum berkumandang lagi, solat sudah pun selesai ditunaikan. Meskipun hendak solat cepat kerana ada tugas lain yang kurang begitu mendesak, namun, usahlah disebabkan itu solat kita menjadi tidak sah. Dalam situasi solat fardu sebelum azan ini boleh dibahagikan kepada dua keadaan….