Dato’ Jamal Abdillah Adakan Konsert Solo Pertama Pada Tahun 2025!
Pengalaman lebih 40 tahun sebagai penghibur berkaliber bukanlah alasan untuk Dato’ Jamal Abdillah mengundur diri dari pentas, malah semakin menambah keinginannya untuk terus memukau peminat. Setiap persembahan yang dilakukannya sepanjang karier terus menjadi bekalan berharga dalam menjayakan konsert yang bakal menghidupkan nostalgia sambil menawarkan kematangan dalam penghayatannya. Pada 15 Februari 2025, Dato’ Jamal Abdillah akan…