
KWSP ambil langkah waspada kekalkan pertumbuhan, bina simpanan ahli
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengambil langkah waspada dalam menangani risiko berkaitan pemulihan pascapandemik serta perbalahan di Ukraine dengan memberi fokus kepada mengekalkan pertumbuhan dan membina semula simpanan ahli. Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kebimbangan sekitar inflasi, gangguan rantaian bekalan dan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat berkemungkinan menjejaskan arah…