MATTA Fair diiktiraf sebagai Pameran Pelancongan Antarabangsa Terbesar

PAMERAN Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) yang diadakan pada 17 hingga 19 Mac lalu telah diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records sebagai Pameran Pelancongan Antarabangsa Terbesar. Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang berkata, pameran di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu merangkumi kawasan seluas 39,000 meter persegi ruang…

Read More

Tiga pameran perdagangan antarabangsa sasar jana RM170 juta

TIGA pameran perdagangan antarabangsa berskala besar yang bakal berlangsung serentak di ibu negara Disember depan dijangka mampu menjana impak ekonomi Malaysia bernilai lebih RM170 juta. Acara berkenaan terdiri daripada Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) ke-17; Pameran Jentera Antarabangsa Malaysia ke-33 (MIMF) dan Pameran Penjenamaan Malaysia Pertama (MyBrands) yang diadakan bersama Pameran Eksport Zhejiang kelapan…

Read More

115 syarikat pelbagai negara sertai Pameran Hadiah Malaysia 2022

KUALA LUMPUR – Sebanyak 115 syarikat dari pelbagai negara akan menyertai pameran hadiah dan cenderamata yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 22 hingga 24 Jun ini. Pameran Hadiah Malaysia ke-12 anjuran Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia (MGPA) itu menampilkan pelbagai jenis produk baharu antaranya produk rekaan khas, pakaian, peralatan, tekstil, trofi dan…

Read More

Invest Selangor sasar 30 pameran pesawat statik SAS 2022

INVEST Selangor Bhd menyasarkan untuk 30 pameran pesawat statik yang terdiri daripada jet peribadi perniagaan, helikopter, pesawat ringan dan dron untuk Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2022 yang dijadual berlangsung pada September depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasan Azhari Idris berkata, satu-satunya pameran penerbangan perniagaan di rantau Asia akan dihoskan pada skala yang lebih besar berbanding…

Read More

Carsome lancar bilik pameran terbesar di Malaysia

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang kereta bersepadu Carsome melancarkan bilik pameran terbesarnya di Malaysia, yang dilengkapkan dengan stesen pengecas kenderaan elektrik. Bilik pameran auto seluas 9,290.3 meter persegi yang terletak di Petaling Jaya, Selangor itu boleh menempatkan lebih daripada 200 kenderaan terpakai serta inventori dalam talian Carsome yang melebihi 1,600 kereta. Pengasas bersama dan ketua…

Read More

Gintell buka kedai pameran ke-108

PEMBEKAL produk penjagaan kesihatan, Gintell membuka kedai pameran ke-108 di pusat beli-belah AEON Metro Prima, Kuala Lumpur. Dalam kenyataan pada Rabu Gintell memaklumkan, kedai yang dirasmikan pada 21 Mei lalu menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan kesihatan termasuk kerusi urut, peralatan kecergasan dan alat urut mudah alih. Kedai yang terletak di aras satu pusat beli-belah berkenaan…

Read More

Raih anugerah Penggalakan Perdagangan Dunia ITC bagi pameran halal

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) diumumkan sebagai pemenang kategori Penggunaan Teknologi Maklumat Terbaik bagi Anugerah Penggalakan Perdagangan Dunia 2022 pada Persidangan dan Anugerah Pertubuhan Penggalakan Perdagangan Dunia (WTPO) di Accra, Ghana, baru-baru ini. Anugerah tersebut dianjurkan oleh Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) yang juga agensi bersama bagi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan…

Read More

Gintell buka bilik pameran ke-105 di Malaysia

SHAH ALAM – Pembekal terkemuka dalam pasaran produk penjagaan kesihatan di Malaysia, Gintell telah membuka bilik pameran baharunya yang ke-105 di Malaysia yang terletak di pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil pada akhir Disember lalu. Gintell dalam satu kenyataan berkata, bilik pameran itu dilengkapi dengan pelbagai rangkaian produk termasuk kerusi urut, peralatan kecergasan seperti treadmill dan…

Read More

Technogym lancar bilik pameran kecergasan

TECHNOGYM, peneraju dunia dalam bidang solusi kecergasan dan kesejahteraan serta pembekal rasmi peralatan kecergasan bagi tujuh Sukan Olimpik yang lalu, telah melancarkan bilik pameran induk di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ruang berukuran lebih 300 meter persegi adalah bilik pameran Technogym yang terbesar di Asia Tenggara, dan akan berfungsi sebagai hab yang dikhaskan untuk mempromosikan kesejahteraan…

Read More