Cadangan pakej rangsangan mampu kurangkan impak Covid-19
PAKEJ rangsangan ekonomi yang dicadangkan untuk mengurangkan impak berikutan penularan koronavirus (Covid-19) adalah tepat pada masanya untuk merangsang ekonomi domestik berikutan sektor luaran yang tidak menentu, demikian menurut pakar ekonomi. Bank Islam Malaysia Bhd berkata, kesemua langkah sokongan yang diambil akan melengkapi pengurangan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus baru-baru ini…