Tag: #KLCC

  • SOFIA IMAN AND SURIA KLCC OPEN KL FASHION WEEK 2025 WITH A DAZZLING HOMAGE TO MALAYSIAN CULTURE

    SOFIA IMAN AND SURIA KLCC OPEN KL FASHION WEEK 2025 WITH A DAZZLING HOMAGE TO MALAYSIAN CULTURE

    Sofia Iman, a brand that embodies timeless elegance and cultural heritage, made a powerful debut at Kuala Lumpur Fashion Week 2025 with the official opening show in collaboration with Suria KLCC on Monday, 4 August. The showcase, themed Heritage Reimagined, Style Redefined, captivated an audience of 500 with a collection that celebrated the legacy of Malaysian craftsmanship through a modern lens.

    The event was graced by notable figures including the Founder of Kuala Lumpur Fashion Week, Mr. Andrew Tan, and the Group Chief Executive Officer of KLCC Holdings Sdn Bhd, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany. Many guests attended in traditional songket and batik, reflecting the show’s theme and paying tribute to Malaysia’s rich textile heritage.

    In a unique display of unity, Sofia Iman’s vision was brought to life by eight established Malaysian designers: ABU, Ashley @ Kapas, Atelier Prive Melson, FUZA by Fuzana Mokhtaza, Jimmy Lim, Jimmy Wong, TANGOO, and Uzair Shoid. The collection honoured the master weavers of Terengganu who created the brand’s signature songket pieces, blending traditional techniques with contemporary silhouettes and presenting songket as a globally relevant fashion statement.

    Francis Tan, Executive Director and CEO of Suria KLCC Sdn Bhd, described the collaboration as a proud milestone that highlighted the growth of a brand which began its journey at Suria KLCC in 2008 and has now risen to command the opening stage of Kuala Lumpur Fashion Week. He emphasised Suria KLCC’s role as Malaysia’s iconic experiential shopping destination and its mission to support local talent while showcasing Malaysian creativity on the world stage. He also announced the upcoming addition of renowned fashion duo Rizman Ruzaini to the Suria KLCC family, with their boutique set to open in the third quarter of 2025.

    For Sofia Iman, being selected as the opening designer of Kuala Lumpur Fashion Week marked an important milestone and a validation of its mission to celebrate culture through fashion. Founder Puan Faralina Binti Abdul Wahab expressed that the showcase represented years of dedication, creativity, and a strong commitment to cultural roots. She highlighted that the brand’s presence at Suria KLCC demonstrated the demand for modern interpretations of songket that can be embraced in daily life, and opening Kuala Lumpur Fashion Week 2025 was an opportunity to honour artisans and share Malaysian craftsmanship with a broader audience.

    The show set an inspiring tone for the week-long event, which features more than 55 Malaysian designers and brands celebrating national identity and innovation on the country’s most prestigious fashion platform. For further details and updates, visit www.suriaklcc.com.my and www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

  • Konsert “Gelombang Bahagiaku” Raih Sambutan Hangat, Atilia Haron & Salamiah Hassan Gamatkan Pentas

    Konsert “Gelombang Bahagiaku” Raih Sambutan Hangat, Atilia Haron & Salamiah Hassan Gamatkan Pentas

    Plenary Theatre di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) malam semalam menjadi saksi sebuah persembahan penuh emosi dan kasih apabila Atilia Haron berganding suara dengan ibunya, penyanyi tersohor tanah air Salamiah Hassan, dalam Konsert Gelombang Bahagiaku. Penganjuran oleh Mujik Wand Production ini mencipta sejarah apabila tiket terjual sepenuhnya dan penonton memenuhi dewan dengan sorakan hangat dari awal hingga tirai penutup.

    Bagi Atilia, peluang berdiri seiring dengan ibunya di pentas utama adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan. Beliau mengakui perjalanan untuk menjayakan konsert ini agak mencabar kerana ia dimulakan tanpa penaja, namun sokongan keluarga dan sahabat menjadikan malam tersebut satu detik yang akan diingati selama-lamanya. Salamiah pula menyifatkan pengalaman itu sebagai hadiah istimewa buat dirinya yang kini sudah lebih lima dekad berkarya. Katanya, dapat berkongsi pentas bersama anak sendiri adalah momen paling bermakna sepanjang kariernya dan beliau berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa depan.

    Konsert bermula dengan nyanyian No Fruits For Today oleh Atilia, diikuti Old Love, Rekah, medley Bodoh dan Cinta Sampai Mati serta persembahan bertenaga Kekanda Adinda bersama MonoloQue. Lagu Bahagiaku turut dipersembahkan, selain gandingan bersama Jason Voo menerusi Salah Sangka dan set lagu lain termasuk Sangkar, Sudah serta Selagi. Salamiah tampil dengan persembahan memukau merangkumi pelbagai genre, antaranya I’m So Excited, balada Surat Terakhir, medley Miang Miang Keladi, Kau Dan Alasanmu serta Antara Dua Kasih, lagu jazz Frim Fram Sauce, duet romantis bersama Hardy Arbi dalam Berdebar Debar Rasa Hati, hinggalah ke lagu malar segar Kenang Daku Dalam Doamu.

    Kemunculan Mimifly menambah warna dengan medley Sahabat dan Angkat sebelum Salamiah kembali dengan rangkaian lagu popular seperti Superstar, Semut Semut Di Titian Usang, Menghitung Hari, If You Go Away serta lagu ikonik Gelombang. Malam mencapai kemuncak apabila Atilia dan Salamiah berduet dalam Age Is Just The Number yang disambut meriah penonton. Konsert kemudian ditutup dengan persembahan Empat Dara oleh Atilia, Salamiah, Mimifly dan Elvira Arul yang membuat seluruh dewan berdiri memberi tepukan gemuruh.

    Selain persembahan, barangan eksklusif berupa t-shirt edisi terhad sebanyak 100 helai turut habis dijual. Atilia meluahkan rasa teruja melihat peminat mengenakan baju tersebut sambil bergambar bersama mereka. Salamiah dalam pada itu menitipkan nasihat kepada penyanyi muda agar terus berkarya kerana seni adalah satu perjalanan yang tiada noktah, malah beliau sendiri masih belajar meskipun sudah 55 tahun berada dalam industri.

    Menutup tirai konsert, Atilia menyatakan keinginannya untuk kembali aktif selepas sekian lama memberi fokus kepada perniagaan yoga. Beliau berazam mengadakan lebih banyak persembahan pada tahun hadapan kerana rindu untuk menghiburkan peminat di pentas. Malam Gelombang Bahagiaku akhirnya dikenang bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebagai sebuah perayaan penuh kasih, warisan seni dan keindahan muzik yang merentasi generasi.