
Empat sektor pulih pada tahap sebelum pandemik: JobStreet
SEBANYAK empat industri telah pulih kepada tahap sebelum pandemik atau lebih tinggi, berdasarkan jumlah peluang pekerjaan yang disiarkan dan permohonan yang diterima dalam platform pekerjaan dalam talian, JobStreet. Menurut Laporan Prospek Pekerjaan 2022 (Malaysia) JobStreet, empat industri itu ialah semikonduktor dan fabrikasi wafer, elektrik dan elektronik (E&E), komputer dan teknologi maklumat (IT) (perisian) serta pengangkutan…