Tag: #InnovationInMotion

  • Sime Motors Marks 45 Years of Excellence with a Grand Celebration Featuring the Malaysian Philharmonic Orchestra

    Sime Motors Marks 45 Years of Excellence with a Grand Celebration Featuring the Malaysian Philharmonic Orchestra

    Sime Motors marked a remarkable milestone with a grand celebration of its 45th anniversary, themed “Orchestrating Excellence: Celebrating 45 Years of Sime Motors in Malaysia.” The gala took place at the Malaysian Philharmonic Orchestra, offering an unforgettable evening of music, appreciation, and reflection on the company’s enduring journey in the nation’s automotive landscape.

    The event captivated guests with world-class performances led by renowned conductor Gerald Salonga, featuring the exceptional talents of pianist Liu Muyu and acclaimed Malaysian vocalist Aina Abdul. Their performances filled the hall with emotion and artistry, creating a memorable symphonic tribute to Sime Motors’ 45 years of leadership, innovation, and contribution to Malaysia’s automotive industry.

    A highlight of the evening was the special recognition of Sime Motors’ brand principals and partners who have played a crucial role in the company’s continued growth and success. Tokens of appreciation were presented by Andrew Basham, Managing Director of Sime Motors, together with Jeffrey Gan, Managing Director of Southeast Asia, Sime Motors, to representatives from BMW Group Malaysia, BYD, DENZA, Ford Malaysia, Hyundai Malaysia, Jaguar Land Rover, Porsche Malaysia, and Volvo Cars Malaysia.

    In his remarks, Andrew Basham expressed heartfelt gratitude to all who have been part of Sime Motors’ journey. He shared, “This milestone is a celebration of the people and partnerships that have shaped Sime Motors into what it is today. For 45 years, we have worked hand in hand with our principals, customers, and employees to deliver excellence across every part of the automotive journey. Looking ahead, we are committed to continue driving innovation, strengthening our partnerships, and creating outstanding experiences for our customers in Malaysia.”

    The evening was graced by Sime Motors’ loyal customers, corporate clients, business partners, brand principal representatives, team members, members of the media, and industry peers. The celebration not only paid tribute to the company’s legacy of excellence but also reaffirmed its vision to lead Malaysia’s automotive future through innovation, collaboration, and an unwavering dedication to customer satisfaction.

  • Rekod Baharu: BYD Sime Motors Serah 100+ Unit SEAL 6 Dalam Masa Singkat

    Rekod Baharu: BYD Sime Motors Serah 100+ Unit SEAL 6 Dalam Masa Singkat

    BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan lebih 100 unit model terbaharu BYD SEAL 6 dalam tempoh hanya seminggu selepas pelancarannya. Kejayaan ini mencerminkan kecekapan operasi dan tahap kesiapsiagaan syarikat dalam memenuhi permintaan pelanggan di seluruh negara.

    Dalam tempoh seminggu, BYD Sime Motors telah menghantar BYD SEAL 6 yang ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Arctic White, Harbour Grey, dan Misty Blue ke bilik pameran di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur. Kumpulan pertama pelanggan juga telah mula menerima kenderaan mereka, menandakan kemunculan rasmi sedan elektrik segmen C ini di jalan raya Malaysia. Rakyat kini berpeluang melihat dan memandu uji BYD SEAL 6, merasai pengalaman pemanduan yang lancar, responsif serta menetapkan penanda aras baharu bagi kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan.

    Menurut Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, Malaysia berbangga menjadi pasaran antarabangsa pertama yang menyambut kehadiran BYD SEAL 6. “Ini merupakan pencapaian penting yang mencerminkan komitmen kami dalam memenuhi keperluan pelanggan dengan profesionalisme dan semangat tinggi. Terima kasih kepada pasukan kami yang memastikan proses penghantaran berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan,” katanya.

    Kehadiran BYD SEAL 6 merupakan langkah penting dalam memperkukuh pembangunan landskap EV di Malaysia. Selaras dengan itu, BYD Sime Motors merancang untuk memperluaskan rangkaian cawangannya daripada 37 kepada 50 lokasi menjelang tahun 2026, bagi meningkatkan kemudahan jualan, servis dan pengecasan kepada rakyat Malaysia.

    Model BYD SEAL 6 hadir dengan enam ciri terbaik dalam kelasnya: sistem Dual Ball-joint MacPherson Strut dengan suspensi belakang Multi-Link, pacuan roda belakang (RWD) untuk pengalaman sporty, reka bentuk sedan segmen C terbesar dalam kelasnya, pengagihan berat seimbang dengan jejari pusingan hanya 5.5 meter, 24 ruang penyimpanan pintar dengan kapasiti kargo 525 liter, serta kuasa 160 kW dan tork 330 Nm yang mampu memecut 0–100 km/j dalam 7.5 saat.

    Di Malaysia, BYD SEAL 6 ditawarkan dalam dua varian utama Dynamic (RM100,000) dan Premium (RM115,800) dengan pelbagai pilihan warna dan kemasan dalaman moden. Sebagai tawaran pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM6,288 untuk 800 pelanggan terawal, pembeli akan menerima pengecas dinding percuma bernilai RM3,288 dan rebat tunai khas, serta akses kepada program pengecasan rumah Sime Platinum 4+ bagi pemilik hartanah bertingkat.

    Pakej pembelian turut disertakan dengan penyesuai Vehicle-to-Load (V2L), kabel pengecas Type 2 dengan palam 3-pin, serta jaminan komprehensif termasuk 6 tahun atau 150,000 km untuk kenderaan, 8 tahun atau 160,000 km untuk unit pemanduan, dan 8 tahun atau 160,000 km untuk Blade Battery.

    Tempahan BYD SEAL 6 kini dibuka di semua pusat jualan BYD di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my atau ikuti laman rasmi BYD Sime Motors di Facebook dan Instagram. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Khidmat Pelanggan BYD Sime Motors di talian 1300-38-1888.