
Penarafan IASA kukuhkan hab penerbangan Malaysia
KUALA LUMPUR – Peserta industri penerbangan memuji usaha kerajaan susulan pengembalian penarafan Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA) Malaysia kepada Kategori 1 oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA). Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan menjelaskan penarafan Kategori 1 akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan dan meningkatkan ketersambungan rangkaian negara….