Bursa Malaysia catat untung bersih RM76.25 juta suku kedua

BURSA Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM76.25 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2023 (2Q FY2023) berbanding RM59.47 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya disebabkan perbelanjaan operasi yang lebih rendah. Hasil, bagaimanapun susut kepada RM144.60 juta pada suku kedua daripada RM151.89 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Bursa…

Read More

Bursa Malaysia tinggi semasa akhiri sesi dagangan pagi

BURSA Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan berterusan dalam kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian terpilih susulan sentimen pasaran serantau yang positif. Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.06 mata kepada 1,454.41 daripada 1,450.35 ketika ditutup pada Jumaat lepas. Indeks utama itu dibuka…

Read More

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

BURSA Malaysia tinggi pada rehat tengah hari ini berikutan minat belian yang diselang-seli dengan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih. Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.95 mata kepada 1,452.22 daripada 1,451.27 semalam. Indeks utama dibuka rendah 3.06 mata kepada 1,448.21 dan bergerak antara 1,446.46 dan 1,454.24 sepanjang sesi….

Read More

Bursa Malaysia terus meningkat – Sinar Harian

BURSA Malaysia meneruskan kenaikannya untuk hari dagangan keempat berturut-turut pada Selasa, sejajar dengan kebanyakan indeks serantau utama dan pembelian berterusan terutamanya pada saham perbankan dan berkaitan komoditi, kata seorang penganalisis. Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.85 peratus atau 12.10 mata kepada 1,436.79 daripada 1,424.69 pada penutup semalam. Indeks…

Read More

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street

BURSA Malaysia dibuka tinggi hari ini sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang positif. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.23 mata kepada 1,428.92 daripada 1,424.69 pada penutup semalam. Indeks utama mengukuh.07 mata untuk memulakan urus niaga pada paras 1,425.76. Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 172…

Read More

Bursa Malaysia terus meningkat, ditutup pada paras tertinggi harian

INDEKS utama Bursa Malaysia terus meningkat untuk ditutup tinggi bagi sesi dagangan ketiga berturut-turut pada Isnin, didorong sokongan belian asing yang berlanjutan terutama dalam saham perbankan. Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.79 peratus atau 11.17 mata untuk ditutup pada paras tertinggi harian 1,424.69 daripada 1,413.52 ketika ditutup…

Read More

Bursa Malaysia dibuka rendah – Sinar Harian

BURSA Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada 25-26 Julai ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah di negara maju itu. Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.22 mata kepada 1,413.30 daripada 1,413.52 pada Jumaat lepas. Indeks pemacu…

Read More

Bursa Malaysia ditutup rendah hari kedua berturut-turut

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran prestasi negatif di rantau ini, kata peniaga. Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 3.07 mata atau 0.21 peratus kepada 1,403.03 daripada 1,406.10 pada Isnin. Indeks utama dibuka tinggi 1.44 mata kepada 1,407.54 dan…

Read More

Belian bersih dana asing di Bursa Malaysia meningkat – MIDF

Bangunan Bursa Malaysia. – Foto Bernama PELABUR asing menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu dengan perolehan ekuiti bernilai RM570.9 juta selepas mencatatkan jualan bersih selama dua belas minggu berturut-turut, kata MIDF Research. Dalam Laporan Aliran Dananya untuk minggu berakhir 14 Julai 2023, ia menyatakan minat pelabur asing bermula pada Rabu, menyaksikan aliran masuk…

Read More

Bursa Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan

DAGANGAN Bursa Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan, dipacu oleh prospek positif di pasaran tempatan dan serantau, kata seorang peniaga. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menyatakan, momentum belian di pasaran tempatan mungkin berterusan ke minggu depan memandangkan sentimen pasaran yang bertambah baik selain penilaian murah FBM KLCI. “Namun begitu,…

Read More