Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Malam Laguan Puisi Hadirkan Elemen Tradisional & Moden dalam Persembahan
  • News

Malam Laguan Puisi Hadirkan Elemen Tradisional & Moden dalam Persembahan

Helmi Aziz January 15, 2025 (Last updated: January 15, 2025) 2 minutes read
IMG_1032

Malam Laguan Puisi: Bunyian Irama dan Prosa akan memukau peminat seni pada Sabtu, 8 Februari 2025, di Panggung Eksperimen, ASWARA, bermula jam 9 malam. Persembahan yang unik ini akan menampilkan beberapa penyanyi terkenal tanahair seperti Aqasha, Azizul Haqim, Ayu Damit, dan Leaism.

Acara ini diinspirasikan oleh puisi-puisi agung daripada Sasterawan Negara seperti Datuk Seri A. Samad Said, Dato’ Usman Awang, Profesor Emeritus Muhamad Haji Salleh, Datuk Rahman Shaari, Datuk Baha Zain, dan Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Sebanyak tujuh lagu baharu yang dicipta khas untuk persembahan Malam Laguan Puisi ini akan didendangkan, namun lagu-lagu ikonik dari puisi-puisi terkenal turut akan disampaikan. Antaranya adalah lagu ‘Tetamu Senja’ daripada puisi Datuk Seri A. Samad Said, ‘Jentayu’ yang dipopularkan oleh Datuk Nora dan Dato’ Sheila Majid daripada puisi Dato’ Usman Awang, serta ‘Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang’ yang didasarkan pada puisi Datuk Dr. Zurinah Hassan oleh Kumpulan Harmoni.

Shamsul Cairel Abdul Karim, Pengarah Projek dan Pengarah Muzik showcase ini, berkata persembahan ini menggabungkan elemen-elemen nyanyian, muzik, deklamasi puisi, dan penceritaan melalui penggunaan layar LED. Di samping itu, elemen tradisional seperti bunyian seruling dan erhu dipersembahkan dengan gubahan muzik, manakala elemen moden daripada bunyian keyboard dan synthesizer memberikan nuansa baru kepada lagu-lagu puisi yang ditampilkan.

Acara ini dianjurkan oleh FB Media Ventures dan mendapat sokongan dana daripada program ArtsFAS, Yayasan Hasanah, serta kerjasama daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL), dan Silent Set Entertainment.

Tiket untuk menyaksikan Malam Laguan Puisi kini boleh dibeli dengan harga RM 80 untuk penonton biasa, sementara tiket pelajar dijual pada harga RM 30. Pembelian tiket boleh dilakukan melalui imbasan kod QR di pautan https://malamlaguanpuisi.mystrikingly.com/.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Dua Peserta Tersingkir, Isu Disiplin dan Undian Rendah Gugat Peluang ke Pentas Seterusnya
Next: ITC Collaborates with BUMITRA, MATTA, and MICA to Boost Muslim Travel

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.